Tuesday, January 25, 2011

::..FOTO..::


Assalamualaikum dan Salam sejahtera.
tetibe nak mengupload gambar.
^^

raya kat UMP PEKAN..sangat best dok kat pantai dengan baju kurung..konon ala2 ayu la sikit..haha.
tq frens..my 21st besday,,really love dis moment.
i still keep that candles even dah separuh cair^^

my 1st time berbuka puasa kat padang MPK, kuantan after almost 3 years duduk kat Pahang ni.^^,different from other places.,
note: beli paper semata-mata buat lapik, baca xpon.

ade lagi nak letak tapi internet wat kacau pulak...yang ni jela yang sempat..

the end.

::..Aduhai..::


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

APAKAH PERASAAN ANDA BILA HANDPHONE ANDA MENGADA-NGADA?
kalau aku sabar ( sabarla sangat kan??)haha..
Handphone aku masa-masa macam ni la nak buat hal.
Kopakla poket macam ni. Skrin buat hal pulak..Main aci2 kejap elok kejap gelong.huh.

muka aku kena tutup sebab serius sangat. aku pon takut tengok.haha

Korang perasan tak? Hp aku ni slide. Suppose bila aku slide keatas skrin jadi macam kat gambar yang atas, TAPI bile datang mood gelong hp ni, bila aku slide die jadi macam gambar kat bawah..bila nak taip message pon susah. GERAM..eeeeee....GAmbar jadi kembang2 kat sebelah je..sebelah lagi statik macam tu..kalau bukak menu, nampak sebelah je.huhu

Aku malas nak tukar baru. Aku SAYANG hp ni. Tak sanggup rasanya menDUAkan hp ni. Setianya aku dan dia since aku dari 1st year kat UMP lagi..huhu.Oh my beloved hp, ppppliiisss jangan rosak. Ko neh asyik nak perabeh duet tuan ko je.aihhhh...serabut2..

Aku takde pon campak2 ko ke lantai.
Aku takde pon baling2 ko ke dinding.
ee..kang aku baling sungguh baru ko tau.
TAPI wahai hp ko bernasib baik sebab tuan ko ni masih mempunyai tahap kesabaran yang tinggi. Tengokla bila dah abes sabar tu, aku cari pengganti ko.haha..buat hal lagi.
Ko xnak pengganti?haaa...Baik ko cepat2 elok balik..back to normal..berkhidmat dengan baik lepas ni. Kalau xbaik jugak, aku try hantar ko masuk hospital hp, tapi kalau caj terlalu tinggi aku cari pengganti yang murah. jimat sikit. so, xdela ko jeles sangat kan??
( tengok tuan ko still consider perasaan ko bile terpikir nak menduakan ko..huhu)

the end_

Sunday, January 23, 2011

::.. LESEN PART III..::

Assalamualaikum dan Salam sejahtera

Macam entry sebelum ni aku dah cerita yang aku tengah belajar kereta. Tengah ambil lesen. Excited? Takla sangat sebab darah nervous tinggi aku ni. haha. Nak dijadikan cerita kali ke-4 aku g belajar. At first everything was ok. Aku try parking, ok la. Bukit pon dan semakin maju. Xde sangat dah undur belakang. Lepas tu ada seorang kakak ( die bahasakan diri die akak..ikut ati nak panggil m.cik mula2..haha) naik dengan aku. Takpela. Dia bawak dengan kelajuan gear 1. Macam aku mula-mula dulu. Belajar control stereng. Sampai kat roundabout die terkejut dgn kereta lain yang masuk kat situ..Vroooooooooooommmmmmmmmm....akak ni g tekan minyak.hoho. Die nak tekan brek. Tapi TERtekan minyak pulak..RISIKO

Aku dengan pantas menarik handbreak untuk mengelakkan kete dari terus VROOOOOMMMMM.(aku pon bukan tau nak watpe..panik.seb bek cikgu ada bagitau aku sebelum tu). Keadaan berlaku dengan sangat pantas. It was my first experience jadi macam tu. Mau terbantut gak aku nak belajar kete kalo jadi gitu lagi..hoho

That day jugaklah my first driving kat jalan raya. Dengan lori yang banyak. hoho.Alhamdulillah..Everything was ok..^^,

Aku call rumah and dapat tau yang adik aku pon jadi macam aku gak. Tapi die dengan traktor dia..haha..Lagi dasyat dari aku.Traktor dengan adik aku,dua-dua masuk sungai.hihi. ( gelak pulak aku). Nasib la air kat sungai cetek ja.Tapi aku xdapat bayangkan la..Sumber mengatakan tayar depan traktor adik aku xleh control...rosak kot. Aku pon xtau sebab musababnya. Tu sebab terjun sungai tu. Alhamdulillah, adik aku yang sorang ni xdak apa-apa. Risau gak aku, sebab dia ni sakit. huhu. Sapa tak sayang adik oii..
Adik aku kata lepas jatuh tu jantung dia macam nak tecabut. hoho..kakak mu pon sama gak dik.

So, traktor tu ditarik oleh ape aku tak tau. Tapi dah selamat balik rumah dah. Adela kecederaan kat traktor tu. My 2nd brother's advise " lepas ni kita letak pelampung kat traktor ni, kalo jatuh sungai tak tenggelam" errr..Geniusnya la abg2 aku kan..heee~

Ape-ape pon .,pengajaran daripada kes-kes diatas:
1. kita hendaklah berhati-hati di jalan raya
2. kita hendaklah sentiasa bersedia menghadapi sebarang kejadian yan tak disangka
3. kita hendaklah memeriksa kenderaan sebelum menaikinya
4. kita hendaklah sentiasa mengingati orang yang tersayang ( hehe ^^)
~macam jawab BM masa spm dulu la..haha~

P/S: KEPADA PENGGUNA JALAN RAYA, KALAU NAMPAK KERETA KANCIL PUTIH YANG ADA TERTULIS L: AWAS PEMANDU SEDANG BELAJAR FAHAM-FAHAM LA. KAMI BUDAK BARU BELAJAR.^^

Saturday, January 22, 2011

::..LESEN PART II..::

Assalamualaikum dan Salam sejatera.

Kali ni dah 3 kali aku pergi belajar kereta. Level darah gemuruh yang dapdupdap tu dah berkurang dah. Semakin yakin masukkan gear.haha. Xdela jadi macam before ni, masuk gear, lepas clutch, sekali tak jalan-jalan. Rupe-rupanya, gear tak masuk.oh.( malu )

ok, untuk kali ke-3, okla compare yang lepas. Tapi, macam mana aku boleh lupa kiri dengan kanan masa duduk kat seat driver tu.???haiyaaa....banyak kali kena teguq..haha..ampun cikgu.Parking kali ni ada kemajuan. Dah tak langgar line mana-mana dah. Just need to practise more. So, nanti takdakla nebes telebey masa test.=)

Kalau sebelum ni aku belajar parking, This time cikgu aku suruh pi bukit. BAIK CIKGU.
( dalam hati.hoho..takutnyerrrrr, risau)

1st trial mendaki bukit.
vrooom..vroomm...vroommmmmmmm..brek. YES. Mencapai sasaran.
Muka bahagia.=)
komen diri sendiri: SYABAS

2nd trial mendaki bukit.
vrooom..vroomm...vroommmmmmmm..brek. NO. Tersasar daripada sasaran.
Muka kelat sedikit.
komen diri sendiri: HANCUR

3rd trial mendaki bukit.
vrooom..vroomm...vroommmmmmmm..brek. NO. Tersasar LAGI daripada sasaran.
Muka kelat terus.
komen diri sendiri: PARAH gini....

Lepas tu tukar turn belajar lak dengan orang len. Dapat la aku mengubat hati yang lara dengan tapak kaki sebelah kiri yang sengal-sengalan.huhu

Lastly, before balik aku cakap kat cikgu aku, aku nak try lagi sekali bukit. But this time aku dah guna kereta lain. YEAH!!stereng dah best, tapi nak angkat handbreak..macam aku kena minum milo dulu..susahhhhhh..akibatnya, Aktiviti mendaki bukit terus hancur dua kali berturut-turut.
Nasib baik the final last time, aku berjaya kembali.=)

Terima kasih cikgu ajar saya,^^
ada pantun untuk cikgu-cikgu sekalian,

" buah cempedak diluar pagar,
ambil galah tolong jolokkan,
saya budak baru belajar,
kalau salah tolong betulkan"

the end_

Sunday, January 16, 2011

::.. LESEN PART 1..::

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

"ok, awak bawak pulak". oh, macam tu la ayat cikgu memandu aku bila sampai je kat tempat lesen. Sangatlah TERKEDU masa tu. Cikgu bagi aku duduk kat seat driver tu jap bagi hilang tahap gelabah aku yang dah setinggi gunung kinabalu masa tu aku rasa. dupdapdupdap. Okeh,.first soalan cikgu tanya aku adalah..

" nak bagi signal kekanan dan kiri macam mana?"

hah, aku dah agak soalan ni mesti keluarnye lah..Tapi aku dah wat preparation dah sebelum pi..hehe=)
Aku dah telefon abang aku tanya macam mana nak bagi signal..haha..habes aku kena gelak dek seisi rumah sebab abang aku pi loud speaker..cehh..buat malu je.Tapi atleast aku tau dan tak malu bertanya walaupon aku tau memang aku kena gelak golek-golek oleh abang aku.

Aku pun bawakla dengan ala-ala yakin. Sekali cikgu aku cakap awak janganla bawak macam ular..haha...sabau cikgu...jalan berlopak..my answer.cehh,,padahal cover line masa tu..
dahla aku bawak tahap siput jalan. Dah lama-lama laju bertambah macam semut berjalan. Laju sikit dah^^, ADA KEMAJUAN dalam berapa jam je. Yang paling aku xbest, bawak kat bukit. padahal aku baru bawak je. Aku suruh cikgu aku siap sedia..risau kang ada gak kereta terbang kat situ. Dah lepas bukit die cakap " xde pon terbang" hoho..nasib baek je tu..haha

Tetiba cikgu suruh aku bawak sendiri. ALONE. hoh. Mau nangis gak la..
dalam otak ni mau aku langgar abes semua mende kang ni. Tapi dah kena suruh, bawak jela.
vroommm..vroommm...jalan..yeah!!ni baru first day.

2nd day, aku bawak sorang-sorang from the starting sebab cikgu aku g amek orang. Memang pucat muka aku masa tu. Redah jela masa tu..janji jalan kereta tu. AKU BERJAYA. Gelak sorang-sorang dalam kereta. lantak orang tengok. Aku tengah hepii...hhihi.

Tak sabar nak bagi dapat lesen. ^^,
haishhh...lenguh kaki aku tekan clutch.
sakit tangan aku pusing stereng.
tapi demi lesen. aku tahan jelaaaa....nak wat camne lagi.
YAng best kan...cikgu-cikgu yang ajar aku memang best r...sporting. Ajar dengan sabar sebab aku jd anak murid diorng..haha...maap cikgu.
tahap keyakinanku masih belum cukup.=)

the end_

Friday, January 14, 2011

::.. Antara Fokus dan Tidak..::

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini hari Jumaat, Penghulu segala hari. Aku suka hari Jumaat sebab ade satu kelas yang hanya mengambil masa sejam je. Lepas tu bermaksud CUTI. hehe. Duduk diam-diam depan laptop ni buat aku teringat kelas semalam. Ada kelas Process Control and Intrumentation dan OSH in Chemical Industries. Both of lecturers yang ajar aku ni orang luar negara sana. hehe. So, aku kena fokus lebih untuk faham loghat bi diorang.

Tetapi malangnya, semalam aku kecelaruan minda sikit masa dalam kelas. Kesimpulannya aku fokus sekejap, tak fokus sekejap. Macam ada short wire kat otak aku je. haha. Jadi words yang lecturer2 aku sebut ni kejap aku dapat tangkap kejap tak. Tu r xnak fokus betoi2...huhu,
tapi aku tak sure aku xberapa jelas dengar atau memang cara lecturers aku sebut memang macam tu. kan cara sebutan lain2..^^

Antara perkataan-perkataan itu adalah:

1. PACKING
aku dengar macam bunyi PARKING..err..bile dilukis kat depan baru aku faham.huhu...bunyi macam P.A.R.K.I.N.G..lepas tu aku senyum jela. tak berani nak gelak kuat-kuat.kang orang aku aku meroyan pulak tetibe gelak kuat-kuat.

2. FLOUR
flower..begini cara lecturer aku sebut. so, aku ingatkan bunga la..
.,aiyoyo. lepas tu die cakap " bread,bread" ooohooohooo..rupa-rupanya, tepung.
hehe. tupon kalau aku tak salah tafsir maksudnya.

kesimpulan disini, aku kena fokus. Fokus bebola mata dan telinga aku. supaya aku tak salah dengaq lagi. kang dalam exam orang tulis tepung aku tulis bunga-bungaan pulak. masalah tu.

the end_


Wednesday, January 12, 2011

::.. WEBCAM..::


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Aku geram betolla dengan ym aku ni..ade aje masalah.huhu...dok elok-elok takleh pulak nak webcam.sob3, Sebenarnya aku nak berwebcam dengan anak sedara aku dan keluarga Mak Milah ( anak sedara aku panggil ..betol x eja Mak Milah macam ni?kalau salah maapkan saya,=) yang jaga izzah masa zaman kak ita keje dulu. What I can say bout them is " They are really a GOOD family". best tau, baik-baik and sporting abes la..^^, Menurut kak ita aku, Mak Milah pandai wat kek..hihi...Nanti leh g berguru ni.=)

famili Mak Milah. tapi rasa macam xcukup sorang~err..sory2~
maap amek gamba kat facebook.

kitorang try la berwebcam. Tak boleh.cuba lagi. Tak boleh. cuba lagi. Tak boleh!!!!Aiyakk!! Call dengar, tapi suaranya putus-putus. Tapi best dengar suara ramai-ramai kat Taiping nun jauh disana. hehe.

Jadi aku pon suggest kat Mak Milah's famili, apa kata kita guna oovoo..hehe..sebenarnya oovoo ni macam ym gak fungsi dan gunanya. Tapi kalau nak berwebcam, oovoo lagi senang kot. Maybe internet problem menyebabkan ym susah nak webcam-webcam ni. huhu~

1. dulu aku download kat filehippo. Ni link oovoo tu. klik disini. Pastu klik kat anak panah yang besor sebelah kanan atas. Kalau tak download gak. ada arahan kecik sebelah anak panah kelabu pulak suruh klik kat situ. seingat begitula.

2. Setelah itu, tunggu sehingga selesai. Pastu run kan oovoo tu. Buat akaun dan sign in.

hehe..tapi mekasih ye Mak Milah sekeluarga .,nanti ada rezeki kita webcam. Rumah Mak Milah belakang rumah abang aku je. Jerit pun dengar. Tak jerit pun dengar gak. haha. Izzah kalau pi rumah Mak Milah mesti xmau balik. hihi. apela izzah. Lepas tu Izzah ni selalu mintak cekkeeelaaat, ish3..,

To Mak Milah's famili marila jejalan Teluk Intan. Sekali mai mana cukup. Maila selalu.hehe.^^