Tuesday, January 25, 2011

::..FOTO..::


Assalamualaikum dan Salam sejahtera.
tetibe nak mengupload gambar.
^^

raya kat UMP PEKAN..sangat best dok kat pantai dengan baju kurung..konon ala2 ayu la sikit..haha.
tq frens..my 21st besday,,really love dis moment.
i still keep that candles even dah separuh cair^^

my 1st time berbuka puasa kat padang MPK, kuantan after almost 3 years duduk kat Pahang ni.^^,different from other places.,
note: beli paper semata-mata buat lapik, baca xpon.

ade lagi nak letak tapi internet wat kacau pulak...yang ni jela yang sempat..

the end.

::..Aduhai..::


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

APAKAH PERASAAN ANDA BILA HANDPHONE ANDA MENGADA-NGADA?
kalau aku sabar ( sabarla sangat kan??)haha..
Handphone aku masa-masa macam ni la nak buat hal.
Kopakla poket macam ni. Skrin buat hal pulak..Main aci2 kejap elok kejap gelong.huh.

muka aku kena tutup sebab serius sangat. aku pon takut tengok.haha

Korang perasan tak? Hp aku ni slide. Suppose bila aku slide keatas skrin jadi macam kat gambar yang atas, TAPI bile datang mood gelong hp ni, bila aku slide die jadi macam gambar kat bawah..bila nak taip message pon susah. GERAM..eeeeee....GAmbar jadi kembang2 kat sebelah je..sebelah lagi statik macam tu..kalau bukak menu, nampak sebelah je.huhu

Aku malas nak tukar baru. Aku SAYANG hp ni. Tak sanggup rasanya menDUAkan hp ni. Setianya aku dan dia since aku dari 1st year kat UMP lagi..huhu.Oh my beloved hp, ppppliiisss jangan rosak. Ko neh asyik nak perabeh duet tuan ko je.aihhhh...serabut2..

Aku takde pon campak2 ko ke lantai.
Aku takde pon baling2 ko ke dinding.
ee..kang aku baling sungguh baru ko tau.
TAPI wahai hp ko bernasib baik sebab tuan ko ni masih mempunyai tahap kesabaran yang tinggi. Tengokla bila dah abes sabar tu, aku cari pengganti ko.haha..buat hal lagi.
Ko xnak pengganti?haaa...Baik ko cepat2 elok balik..back to normal..berkhidmat dengan baik lepas ni. Kalau xbaik jugak, aku try hantar ko masuk hospital hp, tapi kalau caj terlalu tinggi aku cari pengganti yang murah. jimat sikit. so, xdela ko jeles sangat kan??
( tengok tuan ko still consider perasaan ko bile terpikir nak menduakan ko..huhu)

the end_

Sunday, January 23, 2011

::.. LESEN PART III..::

Assalamualaikum dan Salam sejahtera

Macam entry sebelum ni aku dah cerita yang aku tengah belajar kereta. Tengah ambil lesen. Excited? Takla sangat sebab darah nervous tinggi aku ni. haha. Nak dijadikan cerita kali ke-4 aku g belajar. At first everything was ok. Aku try parking, ok la. Bukit pon dan semakin maju. Xde sangat dah undur belakang. Lepas tu ada seorang kakak ( die bahasakan diri die akak..ikut ati nak panggil m.cik mula2..haha) naik dengan aku. Takpela. Dia bawak dengan kelajuan gear 1. Macam aku mula-mula dulu. Belajar control stereng. Sampai kat roundabout die terkejut dgn kereta lain yang masuk kat situ..Vroooooooooooommmmmmmmmm....akak ni g tekan minyak.hoho. Die nak tekan brek. Tapi TERtekan minyak pulak..RISIKO

Aku dengan pantas menarik handbreak untuk mengelakkan kete dari terus VROOOOOMMMMM.(aku pon bukan tau nak watpe..panik.seb bek cikgu ada bagitau aku sebelum tu). Keadaan berlaku dengan sangat pantas. It was my first experience jadi macam tu. Mau terbantut gak aku nak belajar kete kalo jadi gitu lagi..hoho

That day jugaklah my first driving kat jalan raya. Dengan lori yang banyak. hoho.Alhamdulillah..Everything was ok..^^,

Aku call rumah and dapat tau yang adik aku pon jadi macam aku gak. Tapi die dengan traktor dia..haha..Lagi dasyat dari aku.Traktor dengan adik aku,dua-dua masuk sungai.hihi. ( gelak pulak aku). Nasib la air kat sungai cetek ja.Tapi aku xdapat bayangkan la..Sumber mengatakan tayar depan traktor adik aku xleh control...rosak kot. Aku pon xtau sebab musababnya. Tu sebab terjun sungai tu. Alhamdulillah, adik aku yang sorang ni xdak apa-apa. Risau gak aku, sebab dia ni sakit. huhu. Sapa tak sayang adik oii..
Adik aku kata lepas jatuh tu jantung dia macam nak tecabut. hoho..kakak mu pon sama gak dik.

So, traktor tu ditarik oleh ape aku tak tau. Tapi dah selamat balik rumah dah. Adela kecederaan kat traktor tu. My 2nd brother's advise " lepas ni kita letak pelampung kat traktor ni, kalo jatuh sungai tak tenggelam" errr..Geniusnya la abg2 aku kan..heee~

Ape-ape pon .,pengajaran daripada kes-kes diatas:
1. kita hendaklah berhati-hati di jalan raya
2. kita hendaklah sentiasa bersedia menghadapi sebarang kejadian yan tak disangka
3. kita hendaklah memeriksa kenderaan sebelum menaikinya
4. kita hendaklah sentiasa mengingati orang yang tersayang ( hehe ^^)
~macam jawab BM masa spm dulu la..haha~

P/S: KEPADA PENGGUNA JALAN RAYA, KALAU NAMPAK KERETA KANCIL PUTIH YANG ADA TERTULIS L: AWAS PEMANDU SEDANG BELAJAR FAHAM-FAHAM LA. KAMI BUDAK BARU BELAJAR.^^

Saturday, January 22, 2011

::..LESEN PART II..::

Assalamualaikum dan Salam sejatera.

Kali ni dah 3 kali aku pergi belajar kereta. Level darah gemuruh yang dapdupdap tu dah berkurang dah. Semakin yakin masukkan gear.haha. Xdela jadi macam before ni, masuk gear, lepas clutch, sekali tak jalan-jalan. Rupe-rupanya, gear tak masuk.oh.( malu )

ok, untuk kali ke-3, okla compare yang lepas. Tapi, macam mana aku boleh lupa kiri dengan kanan masa duduk kat seat driver tu.???haiyaaa....banyak kali kena teguq..haha..ampun cikgu.Parking kali ni ada kemajuan. Dah tak langgar line mana-mana dah. Just need to practise more. So, nanti takdakla nebes telebey masa test.=)

Kalau sebelum ni aku belajar parking, This time cikgu aku suruh pi bukit. BAIK CIKGU.
( dalam hati.hoho..takutnyerrrrr, risau)

1st trial mendaki bukit.
vrooom..vroomm...vroommmmmmmm..brek. YES. Mencapai sasaran.
Muka bahagia.=)
komen diri sendiri: SYABAS

2nd trial mendaki bukit.
vrooom..vroomm...vroommmmmmmm..brek. NO. Tersasar daripada sasaran.
Muka kelat sedikit.
komen diri sendiri: HANCUR

3rd trial mendaki bukit.
vrooom..vroomm...vroommmmmmmm..brek. NO. Tersasar LAGI daripada sasaran.
Muka kelat terus.
komen diri sendiri: PARAH gini....

Lepas tu tukar turn belajar lak dengan orang len. Dapat la aku mengubat hati yang lara dengan tapak kaki sebelah kiri yang sengal-sengalan.huhu

Lastly, before balik aku cakap kat cikgu aku, aku nak try lagi sekali bukit. But this time aku dah guna kereta lain. YEAH!!stereng dah best, tapi nak angkat handbreak..macam aku kena minum milo dulu..susahhhhhh..akibatnya, Aktiviti mendaki bukit terus hancur dua kali berturut-turut.
Nasib baik the final last time, aku berjaya kembali.=)

Terima kasih cikgu ajar saya,^^
ada pantun untuk cikgu-cikgu sekalian,

" buah cempedak diluar pagar,
ambil galah tolong jolokkan,
saya budak baru belajar,
kalau salah tolong betulkan"

the end_

Sunday, January 16, 2011

::.. LESEN PART 1..::

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

"ok, awak bawak pulak". oh, macam tu la ayat cikgu memandu aku bila sampai je kat tempat lesen. Sangatlah TERKEDU masa tu. Cikgu bagi aku duduk kat seat driver tu jap bagi hilang tahap gelabah aku yang dah setinggi gunung kinabalu masa tu aku rasa. dupdapdupdap. Okeh,.first soalan cikgu tanya aku adalah..

" nak bagi signal kekanan dan kiri macam mana?"

hah, aku dah agak soalan ni mesti keluarnye lah..Tapi aku dah wat preparation dah sebelum pi..hehe=)
Aku dah telefon abang aku tanya macam mana nak bagi signal..haha..habes aku kena gelak dek seisi rumah sebab abang aku pi loud speaker..cehh..buat malu je.Tapi atleast aku tau dan tak malu bertanya walaupon aku tau memang aku kena gelak golek-golek oleh abang aku.

Aku pun bawakla dengan ala-ala yakin. Sekali cikgu aku cakap awak janganla bawak macam ular..haha...sabau cikgu...jalan berlopak..my answer.cehh,,padahal cover line masa tu..
dahla aku bawak tahap siput jalan. Dah lama-lama laju bertambah macam semut berjalan. Laju sikit dah^^, ADA KEMAJUAN dalam berapa jam je. Yang paling aku xbest, bawak kat bukit. padahal aku baru bawak je. Aku suruh cikgu aku siap sedia..risau kang ada gak kereta terbang kat situ. Dah lepas bukit die cakap " xde pon terbang" hoho..nasib baek je tu..haha

Tetiba cikgu suruh aku bawak sendiri. ALONE. hoh. Mau nangis gak la..
dalam otak ni mau aku langgar abes semua mende kang ni. Tapi dah kena suruh, bawak jela.
vroommm..vroommm...jalan..yeah!!ni baru first day.

2nd day, aku bawak sorang-sorang from the starting sebab cikgu aku g amek orang. Memang pucat muka aku masa tu. Redah jela masa tu..janji jalan kereta tu. AKU BERJAYA. Gelak sorang-sorang dalam kereta. lantak orang tengok. Aku tengah hepii...hhihi.

Tak sabar nak bagi dapat lesen. ^^,
haishhh...lenguh kaki aku tekan clutch.
sakit tangan aku pusing stereng.
tapi demi lesen. aku tahan jelaaaa....nak wat camne lagi.
YAng best kan...cikgu-cikgu yang ajar aku memang best r...sporting. Ajar dengan sabar sebab aku jd anak murid diorng..haha...maap cikgu.
tahap keyakinanku masih belum cukup.=)

the end_

Friday, January 14, 2011

::.. Antara Fokus dan Tidak..::

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini hari Jumaat, Penghulu segala hari. Aku suka hari Jumaat sebab ade satu kelas yang hanya mengambil masa sejam je. Lepas tu bermaksud CUTI. hehe. Duduk diam-diam depan laptop ni buat aku teringat kelas semalam. Ada kelas Process Control and Intrumentation dan OSH in Chemical Industries. Both of lecturers yang ajar aku ni orang luar negara sana. hehe. So, aku kena fokus lebih untuk faham loghat bi diorang.

Tetapi malangnya, semalam aku kecelaruan minda sikit masa dalam kelas. Kesimpulannya aku fokus sekejap, tak fokus sekejap. Macam ada short wire kat otak aku je. haha. Jadi words yang lecturer2 aku sebut ni kejap aku dapat tangkap kejap tak. Tu r xnak fokus betoi2...huhu,
tapi aku tak sure aku xberapa jelas dengar atau memang cara lecturers aku sebut memang macam tu. kan cara sebutan lain2..^^

Antara perkataan-perkataan itu adalah:

1. PACKING
aku dengar macam bunyi PARKING..err..bile dilukis kat depan baru aku faham.huhu...bunyi macam P.A.R.K.I.N.G..lepas tu aku senyum jela. tak berani nak gelak kuat-kuat.kang orang aku aku meroyan pulak tetibe gelak kuat-kuat.

2. FLOUR
flower..begini cara lecturer aku sebut. so, aku ingatkan bunga la..
.,aiyoyo. lepas tu die cakap " bread,bread" ooohooohooo..rupa-rupanya, tepung.
hehe. tupon kalau aku tak salah tafsir maksudnya.

kesimpulan disini, aku kena fokus. Fokus bebola mata dan telinga aku. supaya aku tak salah dengaq lagi. kang dalam exam orang tulis tepung aku tulis bunga-bungaan pulak. masalah tu.

the end_


Wednesday, January 12, 2011

::.. WEBCAM..::


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Aku geram betolla dengan ym aku ni..ade aje masalah.huhu...dok elok-elok takleh pulak nak webcam.sob3, Sebenarnya aku nak berwebcam dengan anak sedara aku dan keluarga Mak Milah ( anak sedara aku panggil ..betol x eja Mak Milah macam ni?kalau salah maapkan saya,=) yang jaga izzah masa zaman kak ita keje dulu. What I can say bout them is " They are really a GOOD family". best tau, baik-baik and sporting abes la..^^, Menurut kak ita aku, Mak Milah pandai wat kek..hihi...Nanti leh g berguru ni.=)

famili Mak Milah. tapi rasa macam xcukup sorang~err..sory2~
maap amek gamba kat facebook.

kitorang try la berwebcam. Tak boleh.cuba lagi. Tak boleh. cuba lagi. Tak boleh!!!!Aiyakk!! Call dengar, tapi suaranya putus-putus. Tapi best dengar suara ramai-ramai kat Taiping nun jauh disana. hehe.

Jadi aku pon suggest kat Mak Milah's famili, apa kata kita guna oovoo..hehe..sebenarnya oovoo ni macam ym gak fungsi dan gunanya. Tapi kalau nak berwebcam, oovoo lagi senang kot. Maybe internet problem menyebabkan ym susah nak webcam-webcam ni. huhu~

1. dulu aku download kat filehippo. Ni link oovoo tu. klik disini. Pastu klik kat anak panah yang besor sebelah kanan atas. Kalau tak download gak. ada arahan kecik sebelah anak panah kelabu pulak suruh klik kat situ. seingat begitula.

2. Setelah itu, tunggu sehingga selesai. Pastu run kan oovoo tu. Buat akaun dan sign in.

hehe..tapi mekasih ye Mak Milah sekeluarga .,nanti ada rezeki kita webcam. Rumah Mak Milah belakang rumah abang aku je. Jerit pun dengar. Tak jerit pun dengar gak. haha. Izzah kalau pi rumah Mak Milah mesti xmau balik. hihi. apela izzah. Lepas tu Izzah ni selalu mintak cekkeeelaaat, ish3..,

To Mak Milah's famili marila jejalan Teluk Intan. Sekali mai mana cukup. Maila selalu.hehe.^^


Monday, January 10, 2011

::.lagu BUKAN untukku..::

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Mood aku malam ni sangat baik. Kenapa?Why? Sebab tadi tengok AJL25 kan, macam-macam ragam. Untuk Ana Rafali, tahniah. Aku suka lagu die.^^, " Tolong Ingatkan Aku" nama aku pon ANA gak..haha.,dah ade motif untuk level perasan aku malam ni tinggi,kuikuikui,.sedang aku dok tengok AJL kan, ade ke patut sape ntah duduk meja belakang aku bising-bising.hishhhh.,kalo die nyanyi aku leh terima lagi tau, ni nyembang.eee..sabar-sabar-sabar-sabar..=)

ok la sebenarnya nak cerita ceritera-ceritera lagu PAHIT,KELAT pulak. Hari tu LAGU UNTUKKU, kali ni lagu BUKAN untukku. Ehehehe.

1. NIRMALA- SITI NURHALIZA

Eh, bukan ada kenapa-kenapa tau . aku suka lagu ni. Story ni mase tu aku form berapa ntah (aku masih kanak-kanak). It was my CAQ ( 1st brother) wedding. Yela, malam selepas kenduri tu kitorang adek beradek nyanyi-nyanyi la.,yela,,abang ( 3rd brother) aku nyanyi.Dengan kawan-kawan dan sepupu aku. Aku nak nyanyi gak. Tapi abang aku tak bagi.huuuu~ mogok dan protes dijalankan, aku pon dapat turn nyanyi. Lagu pilihan "NIRMALA". Yela, time tu tengah hot lagu ni. Baru feel part " diciptakan seorang innnnnnsssaaannn", tup abang at aku ( 2nd brother), tercangak kat depan pintu. " Hangpa tak reti-reti berenti ka???dah malam. orang kat dalam xboleh tidoq"..toingtoingtoing...haha..tak pasal-pasal semua disitu kena marah. kahkah..sebab suara aku kah??oh tidak.bukan.ehe.
(p/s: sorry, ramai abang.hehe)_ kena marah.padan muka_

2. camelia- irwansyah

1st time dengar lagu ni.waa..best, tapi. seperkara terjadi, zappppppppp......... fuhh..ceriteranya aku mau simpan je. terlalu rumit dan arghhhh. sukar diceritakan. Sampai sekarang aku macam tak berapa boleh dengar lagu ni. hiii.pahit.

setakat ni dua lagu ni la yang aku selalu teringat. haha. kelatla jugak,bagi yang tau cerita.

Friday, January 7, 2011

::.. LAGU UNTUKKU..::

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

sedang aku melayan lagu-lagu, tetibe aku mendapat ilham nak menulis lagu yang ada boleh buat aku tersenyum sorang-sorang dimana sahaja aku berada. Antara lagu-lagu tersebut adalah :

1. FARHANA-Jinbara
mestila lagu ni ditangga pertama.hehe,,sedikit berat sebelah. Ada satu ketika, abang aku dan teman-temannya berkaroke kat rumah aku. Aku pun macam teruja la jugak kan nak dengar suara-suara mereka yang sumbang-mambang tu kan..haha. Yang aku tak sangka kan,one of lagu pilihan mereka adalah FARHANA. Menarik, tingggggg! dalam otak aku nak kenakan depa-depa ni. Satu perkara yang kawan-kawan abang aku ni tak tau tentang adik kawan diorang ni..TUKANG BANCUH AIR of the day ni adalah namanya. yeah!! starting bolehla..paduan suara diorang kalau Juri-juri awam dengar mau bernanah telinga dengar komen. Masuk part korus..FARHANA oo FARHANA, kau cantik blablabla..haha,,,dengan feel dengung yang cukup diorang nyanyi.tuptup aku pegi kat diorang. dengan muke RM0.10 aku cakap," Nape? air habis? nak apa panggil-panggil"
BLURR muka masing-masing..haha..abang aku dah gelak siap dah..dua kali aku rasa aku wat camtu..hehe..last-last abang aku bagitau hal sebenarnya,,haha, bila aku suruh nyanyi lagi lagu FARHANA.,ceh masing-masing takmau..tapi memang best tengok muka diorang blurr..haha
(p/s: tahap level perasaan perasan aku tinggi skit untuk lagu ni..haha)

2. Ku Merindu ( Ella-Shah) dan Doa Dalam Lagu ( Mawi-Heliza)

lagu ni akan mengingatkan aku zaman matrik. Khas untuk bestfrens aku..korang ingat tak video yang masa at the end matrik dulu..berlatarbelakangkan lagu-lagu ini dan bilik yang penuh dengan kotak?hehe..mesti ingat kan? aku kalau dengar lagu2 ni..mesti teringat ayat miera.,mesti teringat dulu2 kala saat masih muda remaja...gelong semacam ja.,dan aku mesti tersenyum kalau ingt pasal ni..dengan kotak megi, baju dah tersangkut dah jadi macam langsir...haha,

3. Lagu Untukmu ( Meet uncle hussein)

ini memang lagu kegemaranku..hehe..kalo time-time aku serabut, tension, masalah banyak, aku pasang kuat-kuat..baru feel..hehe, kan lagu ni pernah menang AJL kan..? masa tu aku 1st year tak salah. Nak turun kafe tengok macam xbest, ramai and masa tu assigmnt banyak..dengar jela radio hot f.m. lebih hangat daripada biasa. abang aku siap call aku bagitau aku turn MUH masa tu..haha...betapa excitednya kami dua beradik...walaupun jarak memisahkan kami, tak menjadi masalah la. aku memang terharu r. Tapi, time aku nak dengar Lan berucap lps mng tu abang aku kol...lagila dia excited...smpai letak tepon kat tepi tv..haha...aku dengar jela ucapan tu melalui tepon dekat tv..kurengla jelas.tapi aku baru tau rupenyer abang aku lagi super duper triple excited dari aku malam tu..haha..,

ok la..nanti aku cerita lagi ceritera disebalik lagu. kali ini yang happy-happe je kan...next entry ceritera-ceritera yang kelat-kelat pulak...

the end_

Wednesday, January 5, 2011

::..TAG --> susah payah menjawab..::

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

tempoh hari aku telah di tag oleh miera syuhada. Fuhh, banyak sangat-sangat soalan-soalan2..haishh..but i'll try answer it.,

Person who tagged : miera syuhada
~miera syuhada~
Starting time :9.53 pm

Name : Farhana
Full name : Siti Farhana binti Haron
Sibling(s): 5
eye colour :dark cokelat
Shoe size : 38/40 kot..haha.sarung jela kasut mane yang muat..
Height : 160
What are you wearing right now : tshirt dark blue.
Favourite number : four ^^, 4444444444444444444444444444
Favourite drink : laici dengan buah dia sekali...nyum2.sape nak belanja?
Favourite month : bulan 12.,cuti banyak..hehe
Where do you live : hostel U terchenta
Hair : chantek, kemas,lawa,wangi,haha..
Favourite breakfast : nasi lemak..walalala...sodapppp..

Have you ever
Broken a bone :err,,hampir2 broken, retak sedikit...almost 3 months xpergi sekolah..HOLIDAYS!!
Been in a police car : nope….tapi teringin gak..but not as orang yang ade wat salah..saje2 naik..pahtu turun.hehe
Fallen for a guy/girl in a short period of time : so far, xde kot.
Fallen asleep in school : soklan best yang ni..haha, of course ..selalu la jugak..ehehe
Broken someone's heart :rase xde kot.,
Cried when someone died : yup,
Swam in the ocean : dah tak ingat bila..dah lama xpergi mndi manda neh.,
Sat by the phone all night waiting for someone to call : takdela pulak.,sapela nk telepon i malam2 buta ..hehe
Saved e-mails : sumtimes kalo important and terlebih rajen.
Been cheated on : ade ke ek?

What
Your room look like : like my room la..haha
What is right beside you : my note book and a blue pen..cewahh...bunyi macam rajen je,
What is the last thing you ate : nasi lemak kafe yang banyak biji cili.,

Ever Had
Chicken pox : yup..when i was 11..,huhu
Sore throat : dah lame xkena..
Stitches : no

Do You
Believe in love at first sight : pecayala jugak..anything can happens kan?
Like picnics? : oh,,semestinya super duper tripple YES.,

Who
Who did you last yell at? : my abang..haha..ampun2,,
Who was the last person you danced with? : anak-anak sedara aku..hancur tarian mereka dan aku..haha
Who last made you smile? :my mom.,sembang2, gosip2 petang tadi..haha

Final Questions
What are you listening to right now? : penyembuh rindu-mawi ft diana.,
What did you do today? : go to class la..sudah start kelas...sobsob..
Are you the oldest? : YES as the oldest sister,and NO as the 4th childrens in family
Indoors or outdoors? : dua-dua i like.,

Last person who
You talked to on the phone ? : my lovely mom..
Made you cry? : my 3rd brother.,hehe^^
You went to the mall with ? : dah tak ingat la..dgn wani dgn mira kot..
Who cheered you up ? : of kos my famili tersayang dan my lovely frens,,=)

Have you
Been to Mexico ? : dok lagi..
Been to USA ? : dok jugak..nasi goreng USA i selalu telan..^^

Random
Have a crush on someone? : takde rasenya..haha
What books are you reading right now? : xbaca buku skang ni..hehe
Best feeling in the world? : happy,=)
Future kids name? : lorr..ade jugak soklan ni..xpikir lagi..nanti len kali tag lagi bila dah kawen..haha
Do you sleep with a stuffed animal? takdak2.,haha.,
What's under your bed? : ada beg aku,beg MIRA, dengan raga hijau yang chantek dan sesawang labah2 yang aku bela..haha
Favourite sport (s) : bola sepak!!yeah!!badminton i like....
Favourite place :tempat2 yang best.,damai,tenang,,pantai,aer terjun,tempat yg xbanyak kete..
Who do you really hate? : dun worry..xdak sapa2 pon..=)
Do you have a job? : so far xade lagi,masih belajar.,
What time is it now? : 10.30 pm

waa...finally abes jugak menjawab.,^^,

the end_

Tuesday, January 4, 2011

::..DARJAH SATU..::


Assalamualaikum dan selamat pagi semua,

semalam aku message my only adik yang aku ada. Nak tanya perkhabaran anak saudara aku, masuk darjah satu..haha. Yela, nak tau jugak kondisi beliau, menangis ke, gembira ke kan?
Actually aku ada DUA orang anak sedara yang masuk darj
ah satu ni., one girl and one boy. Masa cuti sekolah hari tu, yang girl ni menetap sebentar kat rumah aku ( lebih tepat rumah makayah aku), ape lagi, aku bukak tuisyen free la kat dia...haha...sampai menangis abang aku ajar math kat die. Aku?aku ajar ok je...slow2..haha,bile dah tak reti ajar nak bagi paham aku suruh la abang aku yang ajar pulak..pembaris panjang memang kat tangan die la sepanjang masa pembelajaran..mana tak nangis.,kalau aku dah lama aku g ngadu kat tok@tokwan aku..haha..

anak sedara aku dua orang ni beza dalam bape belas hari je.,tapi diorang memang agak rapat la..kalau balik cuti..memang diorang ni geng dua orang la...

anak sedara aku yang laki nama die azri.aku kadang-kadang panggil pekan..haha,sebab dulu ada sekali ayah die potong rambut macam pekan dalam cite batu belah batu betangkup tu...lekat pulak pekan aku panggil...nasibla pekan kan?haha, sampai susah2 hati tau azri ni nak masuk darjah satu..haishhh...

anak sedara aku yang perempuan nama die izzati. aku panggil kak long.,memang selalu la kena suruh dengan aku..kalau xbuat aku xbagi tengok tv,.haha.,die ni macam relax je aku tengok nak masuk darjah satu..xtaula kalau balik rumah die dupdapdup kan..oh ya,,,izzati sekolah kat kelantan..my sis in law orang kelantan..abg aku stay kat sane...azri kat perak..tapi bukan kat rumah aku...
apepon keadaan diorang 1st day semalam masuk sekolah...mak jang wish da best k.. blajar elok-elok..jangan banyak main..jangan ikut dengan orang yang tak dikenali..balik sekolah tunggu ayah/ibu amek..jangan dok gatai nak pi bejalan sana sini..



Monday, January 3, 2011

::..2011..::

Assalamualaikum semua.,

dah lama xupdate blog ni. So, alang-alang nak update, proses menukar ganti segala macam dilakukan. Baru nampak macam best sikit. First, nak wish selamat tahun baru kat semua orang..and most of the first thing that people selalu tanya adalah..-->

APA AZAM BARU AWAK??

untuk tahun ni diri ini nak simpan sorang2 hasrat itu dihati.,bukan nak berahsia,,nak tengok leh x capai.,
(MOGA -MOGA BOLEH)
~jika kau fikirkan kau boleh~[nyanyi sikit bagi semangat]

cerita tentang tahun 2011 ni xdela banyak sangat lagi berbanding dengan 21 tahun yang telah dilalui sebelum ni...Alhamdulillah...suka,duka,pahit,manis,tawar,xde rasa,terlebih rasa,macam-macam la...yang ingat,.yang dah lupa,,,DAN yang sengaja dilupakan..

dan tahun 2011 sudah didepan mata dah sekarang ni..maksudnya?salah satu bermaksud umur bakal meningkat setahun lagi, yang kedua, mula dah sem baru...haiyaaa!!mau cuti lagi...
GUMBIRA hati ini bila dok umah, seperti kawan-kawan yang lain jua kan..berbahagia disamping yang tersayang.

ceritera tahun 2010 dah berakhir, tapi memori 2010 tetap ada kat simpanan otak2, hati2, laptop2, handphone2,,dan segala macam la,.
dan episod bagi ceritera kehidupan bagi tahun 2011 baru je nak bermula..baru 3 hari,.

SELAMAT TAHUN BARU 2011!!