Friday, February 11, 2011

::.. apabila aku dah jumpa dengan pengganti..::


Assalamualaikum dan salam sejahtera

"Akhirnya, aku dah jumpa dengan penggantinya setelah penat berfikir sebelum membuat keputusan akhir dan muktamad! Susah nak buat keputusan, tapi aku mesti pilih antara satu!"

Bukan pengganti sesiapa, tetapi apa.Ya, aku dah jumpa pengganti bagi printer BROTHER iaitu printer CANON. ^^, Hope yang baru ni akan baik-baik saja. ( penuh dengan pengharapan)
DCP-165c

PIXMA MP258

Bukan taknak repair yang lama tu. Disebabkan kesukaran untuk aku pergi ke BROTHER CENTER kat kuantan tu, aku decide beli lain disamping kos repair agak tinggi. Lebih baik aku beli yang baru, dapat warranty...haha. (pujuk diri sendiri sebab duet abes beli perinter)

Model yang aku beli adalah Canon PIXMA MP258. Tak tau macam mana prestasi lagi sebab masih dalam kotak. Malas nak bukak. Esok lusa lah.hehe. Menurut jurujual, die kate ok.( mestila kan?sebab dia nak jual bagi laku)

Aku beli kat dalam UMP je sebab kebetulan ada expo ape ntah. Dapat murah sikit.^^( jimatjimat). Yela, kalau aku keluar naik bas akan wujud kos-kos dibawah:

1) Tambang bas: RM 3.00
2) Makan ( kedai mak angkat yang suka pakai eyeshadow) : RM 10.00
3) Printer: RM 100-Rm200 ( mungkin lebih)
4) Barang yang tibe2 nampak best untuk dibeli:RM 30
5) KFC/McD : RM 10-Rm20
6) Teksi: RM 35
Fuyooo. Percentage nak belanja lebih dari itu pon ade aku rasa...memang pokai kalo keluar tadi.
Alhamdulillah...selamat tak keluar.hehe..

Setelah beli printer tu,[ lokasi tempat jualan( agak jauh dari bilik aku)] aku dengan roomate aku pon terhuyung hayang bawak printer bawak balik bilik.Yela, kitorang takde transport.Bas NO 11 jela yang ade. Sorang pon tak nak bagi kitorang tumpang. Sampai je bilik, anak jari tangan kiri aku macam tergeliat..hoho..saket2...nak bengkok pon sakit.Nak ngadu , mak jauh di PERAK,ngadu sendiri2 jela.

Sekarang aku amat suka sebab aku xpayah nak pikir pasal printer lama tu.Buat hal lagi.DOk diam-diam kat penjuru tu. NAnti aku pkir ape aku nk denda ko sebab rosak..haha..

the end_


Thursday, February 10, 2011

::..alkisahchager..::

Assalamualaikum dan salam sejahtera

cerita pertama
*******
kisah ni bermula masa aku balik dari CNY punye cuti baru-baru ni. Disebabkan keletihan yang teramat sebab bas lambat dan jem.,aku sampai je hostel terus melangkah laju ke bilik aku. Bukak je pintu dah nampak katil. Letak beg terus..TIDUR. Dengan nyenyaknya.haha.
LETIH PUNYA PASAL

Aku tersedar tengah malam. Tengok hp aku..arghhhh...bateri xdak pulak. Bangun mencapai beg nak amek chager.
errr."mane chager ni?aku bawak balik ke tak ni.?alaaaaaa..TERTINGGAL pulak"
terus aku capai hp call abang aku mmberi pesan supaya mencari chager aku.

Esoknya dalam kelas aku dok pikir..macam mne ni. Dah tak ramai kawan-kawan aku guna samsung. Aku call ayah aku soh beli len.ishh..MAHAL!
aku pon dpt akal, mintak tolong kawan aku SURVEY harga chager tu.
SURVEY je.bukan BELI.
tup2 kwn yg dimintak tolong tadi cakap DAH BELI.
teeettttttttttttttttttttttuuuuuutttttttt
terdiam.
sebenarnya mase tu aku dah jumpe chager tu.haha..

"dah aku berhutang dengan orang.hmm
camne nk amek chager tu n terbang 40 hengget aku"
dalam hati..eeeee.bace..soh SURVEY,pi BELI

*********************
cerita kedua

**********************

aku berfikir-fikir cmne nk kuar g amek chager tu.
pastu nk kena bayar lagi kan.RM40 bukan sikit, banyak.
tapi dari aku hutang2 bek byr je kan.
kang kalo tak bayar, kat "sane" nanti mane aku nak cari 40 hinggit tu kalo kwn neh mntak????
tak terjawab pulak.

sekali aku kena TIPU.free2 kena TIPU.
memang agak terbakar gak la. hoho.
aku punyer gelabah..sekali...gelabah utk mnda yg tak wujud.
haishh..tapi xpe..aku fikir positif jela.
kot2 da xdak keje kan,tipu2 skit..bgi org gelabah.huhu.
nak praktis wat lawak ke kan?haha..mne tau.

tapi kan aku ni jenis yang mudah je nk maap2 ni.
haha...xkesahla..tapi,
semestinya aku akan INGAT .
hipotesis: kalo org tipu sekali..bleh je nk tipu banyak2 kali
haha,,,tapi xpe.sebab mse beliau bagitau tu mood tengah baik sebab dok bace artikel2 best.^^
kene kalo mood aku xbaek?errr..,ak pon xtau ape respon aku.

*************************
cerita ketiga

****************************

tapi
aku agak geram apabila beliau menceritakan yang apek kedai hp tu pi mengata hp aku.
ouhh...sedeh2..
walaupun hp aku ni dah lame, model lame. takkan la bagi respon gitu.
kecikkan hati customer..apedaa..
seb bek la beliau ni yang pi "SURVEY" harga tu.,
kalau aku..siapla ko apek.
mengguris hati customer.

Takkan la nak beli chager hp, kena gune hp yang terkini dan termoden?
Takkanla nak beli chager hp, kene cakap " saya ade spoloh hp, sume yang canggih2,model2 lame xmain la apek"
Takkanla nak beli chager hp, kene campak hp lame tu dulu?


apeda cakap gitu.
Lama ta semestinya buruk
Lama tak semestinya kuno
Lama tak semestinya perlu digelakkan
Lama tak semestinya xbagus

ke sebab apek tu xpernah pegang pon model mcm hp aku ni??tutttttt..
aku tak tau...hahaha...
sebab mase aku beli dulu-dulu-dulu kala, tak semua kedai aku jumpe model ni.
Tak tau la kan.
haha,,

Beliau ni kate, die kene gelak dengan org akt situ bile sebut model hp aku.
haha....padan muke.mungkin ko kan nk tipu aku pastu, so kene gelak awal2 lagi.
haha.,BTW tq sbb pi "SURVEY" harga chager.^^

THe END

p/s: aku pon xtau cerita yang diceritakan ke aku tu tipu ke tak
eerrr..

Tuesday, January 25, 2011

::..FOTO..::


Assalamualaikum dan Salam sejahtera.
tetibe nak mengupload gambar.
^^

raya kat UMP PEKAN..sangat best dok kat pantai dengan baju kurung..konon ala2 ayu la sikit..haha.
tq frens..my 21st besday,,really love dis moment.
i still keep that candles even dah separuh cair^^

my 1st time berbuka puasa kat padang MPK, kuantan after almost 3 years duduk kat Pahang ni.^^,different from other places.,
note: beli paper semata-mata buat lapik, baca xpon.

ade lagi nak letak tapi internet wat kacau pulak...yang ni jela yang sempat..

the end.

::..Aduhai..::


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

APAKAH PERASAAN ANDA BILA HANDPHONE ANDA MENGADA-NGADA?
kalau aku sabar ( sabarla sangat kan??)haha..
Handphone aku masa-masa macam ni la nak buat hal.
Kopakla poket macam ni. Skrin buat hal pulak..Main aci2 kejap elok kejap gelong.huh.

muka aku kena tutup sebab serius sangat. aku pon takut tengok.haha

Korang perasan tak? Hp aku ni slide. Suppose bila aku slide keatas skrin jadi macam kat gambar yang atas, TAPI bile datang mood gelong hp ni, bila aku slide die jadi macam gambar kat bawah..bila nak taip message pon susah. GERAM..eeeeee....GAmbar jadi kembang2 kat sebelah je..sebelah lagi statik macam tu..kalau bukak menu, nampak sebelah je.huhu

Aku malas nak tukar baru. Aku SAYANG hp ni. Tak sanggup rasanya menDUAkan hp ni. Setianya aku dan dia since aku dari 1st year kat UMP lagi..huhu.Oh my beloved hp, ppppliiisss jangan rosak. Ko neh asyik nak perabeh duet tuan ko je.aihhhh...serabut2..

Aku takde pon campak2 ko ke lantai.
Aku takde pon baling2 ko ke dinding.
ee..kang aku baling sungguh baru ko tau.
TAPI wahai hp ko bernasib baik sebab tuan ko ni masih mempunyai tahap kesabaran yang tinggi. Tengokla bila dah abes sabar tu, aku cari pengganti ko.haha..buat hal lagi.
Ko xnak pengganti?haaa...Baik ko cepat2 elok balik..back to normal..berkhidmat dengan baik lepas ni. Kalau xbaik jugak, aku try hantar ko masuk hospital hp, tapi kalau caj terlalu tinggi aku cari pengganti yang murah. jimat sikit. so, xdela ko jeles sangat kan??
( tengok tuan ko still consider perasaan ko bile terpikir nak menduakan ko..huhu)

the end_

Sunday, January 23, 2011

::.. LESEN PART III..::

Assalamualaikum dan Salam sejahtera

Macam entry sebelum ni aku dah cerita yang aku tengah belajar kereta. Tengah ambil lesen. Excited? Takla sangat sebab darah nervous tinggi aku ni. haha. Nak dijadikan cerita kali ke-4 aku g belajar. At first everything was ok. Aku try parking, ok la. Bukit pon dan semakin maju. Xde sangat dah undur belakang. Lepas tu ada seorang kakak ( die bahasakan diri die akak..ikut ati nak panggil m.cik mula2..haha) naik dengan aku. Takpela. Dia bawak dengan kelajuan gear 1. Macam aku mula-mula dulu. Belajar control stereng. Sampai kat roundabout die terkejut dgn kereta lain yang masuk kat situ..Vroooooooooooommmmmmmmmm....akak ni g tekan minyak.hoho. Die nak tekan brek. Tapi TERtekan minyak pulak..RISIKO

Aku dengan pantas menarik handbreak untuk mengelakkan kete dari terus VROOOOOMMMMM.(aku pon bukan tau nak watpe..panik.seb bek cikgu ada bagitau aku sebelum tu). Keadaan berlaku dengan sangat pantas. It was my first experience jadi macam tu. Mau terbantut gak aku nak belajar kete kalo jadi gitu lagi..hoho

That day jugaklah my first driving kat jalan raya. Dengan lori yang banyak. hoho.Alhamdulillah..Everything was ok..^^,

Aku call rumah and dapat tau yang adik aku pon jadi macam aku gak. Tapi die dengan traktor dia..haha..Lagi dasyat dari aku.Traktor dengan adik aku,dua-dua masuk sungai.hihi. ( gelak pulak aku). Nasib la air kat sungai cetek ja.Tapi aku xdapat bayangkan la..Sumber mengatakan tayar depan traktor adik aku xleh control...rosak kot. Aku pon xtau sebab musababnya. Tu sebab terjun sungai tu. Alhamdulillah, adik aku yang sorang ni xdak apa-apa. Risau gak aku, sebab dia ni sakit. huhu. Sapa tak sayang adik oii..
Adik aku kata lepas jatuh tu jantung dia macam nak tecabut. hoho..kakak mu pon sama gak dik.

So, traktor tu ditarik oleh ape aku tak tau. Tapi dah selamat balik rumah dah. Adela kecederaan kat traktor tu. My 2nd brother's advise " lepas ni kita letak pelampung kat traktor ni, kalo jatuh sungai tak tenggelam" errr..Geniusnya la abg2 aku kan..heee~

Ape-ape pon .,pengajaran daripada kes-kes diatas:
1. kita hendaklah berhati-hati di jalan raya
2. kita hendaklah sentiasa bersedia menghadapi sebarang kejadian yan tak disangka
3. kita hendaklah memeriksa kenderaan sebelum menaikinya
4. kita hendaklah sentiasa mengingati orang yang tersayang ( hehe ^^)
~macam jawab BM masa spm dulu la..haha~

P/S: KEPADA PENGGUNA JALAN RAYA, KALAU NAMPAK KERETA KANCIL PUTIH YANG ADA TERTULIS L: AWAS PEMANDU SEDANG BELAJAR FAHAM-FAHAM LA. KAMI BUDAK BARU BELAJAR.^^

Saturday, January 22, 2011

::..LESEN PART II..::

Assalamualaikum dan Salam sejatera.

Kali ni dah 3 kali aku pergi belajar kereta. Level darah gemuruh yang dapdupdap tu dah berkurang dah. Semakin yakin masukkan gear.haha. Xdela jadi macam before ni, masuk gear, lepas clutch, sekali tak jalan-jalan. Rupe-rupanya, gear tak masuk.oh.( malu )

ok, untuk kali ke-3, okla compare yang lepas. Tapi, macam mana aku boleh lupa kiri dengan kanan masa duduk kat seat driver tu.???haiyaaa....banyak kali kena teguq..haha..ampun cikgu.Parking kali ni ada kemajuan. Dah tak langgar line mana-mana dah. Just need to practise more. So, nanti takdakla nebes telebey masa test.=)

Kalau sebelum ni aku belajar parking, This time cikgu aku suruh pi bukit. BAIK CIKGU.
( dalam hati.hoho..takutnyerrrrr, risau)

1st trial mendaki bukit.
vrooom..vroomm...vroommmmmmmm..brek. YES. Mencapai sasaran.
Muka bahagia.=)
komen diri sendiri: SYABAS

2nd trial mendaki bukit.
vrooom..vroomm...vroommmmmmmm..brek. NO. Tersasar daripada sasaran.
Muka kelat sedikit.
komen diri sendiri: HANCUR

3rd trial mendaki bukit.
vrooom..vroomm...vroommmmmmmm..brek. NO. Tersasar LAGI daripada sasaran.
Muka kelat terus.
komen diri sendiri: PARAH gini....

Lepas tu tukar turn belajar lak dengan orang len. Dapat la aku mengubat hati yang lara dengan tapak kaki sebelah kiri yang sengal-sengalan.huhu

Lastly, before balik aku cakap kat cikgu aku, aku nak try lagi sekali bukit. But this time aku dah guna kereta lain. YEAH!!stereng dah best, tapi nak angkat handbreak..macam aku kena minum milo dulu..susahhhhhh..akibatnya, Aktiviti mendaki bukit terus hancur dua kali berturut-turut.
Nasib baik the final last time, aku berjaya kembali.=)

Terima kasih cikgu ajar saya,^^
ada pantun untuk cikgu-cikgu sekalian,

" buah cempedak diluar pagar,
ambil galah tolong jolokkan,
saya budak baru belajar,
kalau salah tolong betulkan"

the end_

Sunday, January 16, 2011

::.. LESEN PART 1..::

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

"ok, awak bawak pulak". oh, macam tu la ayat cikgu memandu aku bila sampai je kat tempat lesen. Sangatlah TERKEDU masa tu. Cikgu bagi aku duduk kat seat driver tu jap bagi hilang tahap gelabah aku yang dah setinggi gunung kinabalu masa tu aku rasa. dupdapdupdap. Okeh,.first soalan cikgu tanya aku adalah..

" nak bagi signal kekanan dan kiri macam mana?"

hah, aku dah agak soalan ni mesti keluarnye lah..Tapi aku dah wat preparation dah sebelum pi..hehe=)
Aku dah telefon abang aku tanya macam mana nak bagi signal..haha..habes aku kena gelak dek seisi rumah sebab abang aku pi loud speaker..cehh..buat malu je.Tapi atleast aku tau dan tak malu bertanya walaupon aku tau memang aku kena gelak golek-golek oleh abang aku.

Aku pun bawakla dengan ala-ala yakin. Sekali cikgu aku cakap awak janganla bawak macam ular..haha...sabau cikgu...jalan berlopak..my answer.cehh,,padahal cover line masa tu..
dahla aku bawak tahap siput jalan. Dah lama-lama laju bertambah macam semut berjalan. Laju sikit dah^^, ADA KEMAJUAN dalam berapa jam je. Yang paling aku xbest, bawak kat bukit. padahal aku baru bawak je. Aku suruh cikgu aku siap sedia..risau kang ada gak kereta terbang kat situ. Dah lepas bukit die cakap " xde pon terbang" hoho..nasib baek je tu..haha

Tetiba cikgu suruh aku bawak sendiri. ALONE. hoh. Mau nangis gak la..
dalam otak ni mau aku langgar abes semua mende kang ni. Tapi dah kena suruh, bawak jela.
vroommm..vroommm...jalan..yeah!!ni baru first day.

2nd day, aku bawak sorang-sorang from the starting sebab cikgu aku g amek orang. Memang pucat muka aku masa tu. Redah jela masa tu..janji jalan kereta tu. AKU BERJAYA. Gelak sorang-sorang dalam kereta. lantak orang tengok. Aku tengah hepii...hhihi.

Tak sabar nak bagi dapat lesen. ^^,
haishhh...lenguh kaki aku tekan clutch.
sakit tangan aku pusing stereng.
tapi demi lesen. aku tahan jelaaaa....nak wat camne lagi.
YAng best kan...cikgu-cikgu yang ajar aku memang best r...sporting. Ajar dengan sabar sebab aku jd anak murid diorng..haha...maap cikgu.
tahap keyakinanku masih belum cukup.=)

the end_