Sunday, November 14, 2010

::..1989..::

Assalamualaikum semua,

kenapa dengan 1989??
sebenarnya tu tahun aku dan whoever yang sebaya dengan aku dilahirkan..=)
a year before menjelmanya tahun 90-an..

aku dilahirkan pada 4/2/89,my best friends??AMIRA SYUHADA 4/1/89, AIDA SHAFINA 4/3/89..interesting kan?so,tiap-tiap 3 bulan pertama awal tahun kami makan kek...haha..

so,kali ni aku nak share...it was about 20 years ago,,kenangan-kenangan yang aku rasa kebanyakan yang lahir dalam tahun 80-an ni alaminya,.90-an pon buleh lagi...sebab aku pon lahir hujung2 80-an kan?^^,

PERTAMA

ada sape-sape ingat pasal anak ayam warna-warni...pink,kuning,hijau?waa...comey sangat dan aku sangat suka,kalau beli anak ayam tu mesti xdapat bertahan hidup lama,
sebab??tiap-tiap masa dipegang,dibelai( lebih tepat dipicit-picit sebab comey).,tapi kalau dah besar,dah hilang colourfulnya tu..haha,sekarang dah xjumpa dah.,mana nak cari yer?ada sapa-sapa yang tau??

(cute kan?)

KEDUA

DING DANG ataupun TORA datang lagi..haha,sangat suka dengar dan tengok iklan ni dulu..lepas tu kalau keluar nak beli.,bukan nak makan cikedis kat dalam tu..nak mainan jer,main tak sampai sehari,ROSAK sudah,haha,sekarang anak-anak sedara aku tak tau pun ding dang tu apa,tora?lagila...ish3..RUGI3x


KETIGA

MAIN GULI!!!sangat seronok,kerana kalau menang dapat guli dengan banyaknya,,kira champion la,kalau nak baling@tuju dalam bulatan guli tu,punyala lagakan dua guli,konon nak bagi kena la tu,xpon pilih guli yang nak dituju tu yang ada line hitam.,kalau ada kira guli tu guli terer la,haha,.kalau aku main?bukan guli bertambah...berkurang lagila..tuju je.mesti stop kat dlam bulatan tu..haha...


KEEMPAT

buah jentik,buah yang dah lama aku cari,tapi tak jumpa-jumpa,kalau sapa-sapa ada baca entry ni,tau kat mana nak cri,please inform aku ye..hehe..bunyi macam mengidam jer..aishh..bukanlah,dulu kalau aku balik kedah(kampung belah ayah),mesti stop kat pasar apa ntah,beli buah jentik..but now..dah tak ada.,sob3x.mana nak cari?sedap,.bagi yang tak pernah rasa wajarlah anda merasa.,kalau nak makan buah ni...kena jentik,baru dia terbukak...menarik kan??tu sebenarnya FAKTOR terbesar kenapa aku suka buah ni.,lain dari lain nak makan dia..
(buah jentik)

KELIMA

yang ni bagi sesiapa yang tinggal dekat kawasan sawah macam aku.,tiap kali musim menuai/ambil padi,memang seronok.,tangkap-tangkap segala macam belalang,panjat lori padi dan yang ni aku suka..main masak-masak@pondok-pondok kat jerami..haha..bunyi macam pelik.,tak pon persolan akan timbul,"ko tak miang(gatal-gatal) ke nanti?".oh,sebenarnya gatal..tapi gatal nak main tu lagi tinggi,haha,,,mula-mula,cari jerami yang berbentuk cantik,nampak macam ala-ala rumah ke,pastu duduk la main kat situ..haha..siap wat kejiranan lagi..bila besar ni.aku cerita kat mak aku masa ambil padi rumah aku bila ntah.,"dulu kakak main -main jerami la mak,tp yang pi main watpa xtau..,wat miang badan ja...macam tak benda lain nak main"..haha..mak akugelak la..dah tau pi main buat apa..ehe.--> SYOK..tu ja..^^,

actually banyak sangat pasal zaman kecil-kecil ni,.makan ais kerim malaysia,duit syiling seringgit,mandi sungai,pembaris yang ada air kat dalam ie,dan pelbagai lagi,,sekali sekala imbas nostalgia best pulak..^^

( suka tengok hiasan-hiasan dalam air tu bergerak and boleh buat garisan lekuk kat tepi tu^^)

2 comments:

mira syuhada said...

hohoho..patut cari group 1989

::..farhana..:: said...

haha.,nak search gambaq best..yang search sndri xcomey~