Monday, March 28, 2011

::.. TAG by AMIRA SYUHADA PART 2..::

Salam Sejahtera semua,,
so, kali ni aku spend masa untuk jawab soklan yang ditag oleh Amira Syuhada.
dia ni suka benor tag..hehe..
xpe.i sudi je jawab.^_^

Adakah anda rasa anda hot?
hoho..mestila..haha..xdela..hot2 xbest.nanti kena tempek cool fever yang sejuk tu selalu..

Bila kali terakihir makan ayam ?
sebentar tadi.,my dinner.mee kari ada ayam kecik2.
kafe u aku ni memang kaya dengan ayam.haha...sume bleh dikatakan nak letak ayam

Upload wallpaper lappy


cerita tentang gambar anda

actually gambar ini aku search kat google image je.
best tengok..kalau aku rasa nak marah orang..xpon tgh sedeh..xpon mase jiwa xstabil..aku tengok je, macam psiko aku suruh senyum.
so.happy mood will come just like that.^^

lagu terakhir yang anda gemar
sekarang jiwa aku mood klasik
lagu gerimis di lautan by Sudirman.
jangan gelak.cube dengar, enjoy
tapi ade lagu yang paling terakhir,
AnugerahMu by Sahrul Gunawan...dua lagu ni memang sentiasa dalam playlist.

apakah yang anda buat selain selesaikan tag ini
bukak buku unit op.
tapi belum mula study.haishhh..

Tag 8 orang
adoii...yang dulu aku malas tag.kali ni aku tag la ek..hehe
tapi xsampai 8..haha

.ain.amirasyuhada(ngee).shima.cia.

cukupla..haha..ak bab tag balik orang memang xterer.

siapakah no.1 yang anda tag
my kuliahmate..hehe..ain yang best


orang no.3 berhubungan dengan siapa
dengan cik abang akmal die...hehe..
kenduri jangan lupa jemput.

katakan sesuatu pada no.2
haha..bila nak mai gambang?????hihi

ada lagi ni..

1) APAKAH STATUS ANDA?
single.but unavailable.haha..

2) CERITAKAN TENTANG DIRI ANDA.
the only girl from 5siblings.chemical engineering students and insyaAllah.
aku susah sikit nak tacing2 n xpandai pujuk org.maap bab tu. then i love movies just like amira syuhada,


3) CERITAKAN TENTANG BLOG ANDA.
just coretan taipan tangan yang kurang berbakat.
andai kata yang baik ambil.yang buruk letak tepi.jdikan sempadan

4) APA PENDAPAT ANDA TENTANG DUNIA BLOG?
menarik..masing2 blogger mempunyai cara penulisan masing2.
seronok sebenarnya dunia blog ni=)

5) NASIHAT KEPADA KAWAN-KAWAN YANG BARU NAK BUAT BLOG.
jadilah blogger yang baik,

6) NYATAKAN KEUNIKAN BLOG ANDA.
xde ape pon yang unik.hehe

7) SAMPAI BILA NAK MENULIS BLOG DAN IMPIAN ANDA DALAM DUNIA BLOG.
...........i have no answer for this,ehe

8) TAG 5 ORANG YANG ANDA NAK KENAL.
kalau tag orang yang anda nak kenal tu xda blog bleh?haha...

the end_
tq for reading.



::.. TAG by AMIRA SYUHADA PART 1..::

Salam Sejahtera semua.
hopefully, kita sentiasa dalam keadaan baik2 aje=)

baiklah..entry kali ini adalah kerana cik mira dok syok TAGd diri ini ..
so, kena la jawab..^^


5 TARIKH PENTING

owh..aku memang pelupa sikit kalau bab2 tarikh2 ni
tapi adala yang tersemat dalam kotak otak aku..
kadang2 lupa jugak..upss..maaf

4 feb : melampau kalau aku tak ingat. tarikh aku melihat dunia ni..
4 ogos: tarikh lahir wanita yang paling cantik yang melahirkan aku.
1 mei : bukan sebab hari pekerja.. tapi tarikh lahir hero aku dalam segala hal dari kecik sampai sekarang
28 mei/19 julai/28 oktober/17 julai : birthday my bodyguards..tq so much sebab jaga diri ini..ikut turutan besday abg2 aku^^
2 mei: birthday anak sedara aku..azri n izzani
19/8 : my anak sedara pertama dilahirkan

waaa..banyak dah kot..nak letak tarikh anniversary xdak lagi..ngeeee~

5 PERKARA SAYA BUAT SEMALAM

1. pi joging dengan bell( my rumate)
2. basuh baju, jemur baju, lipat baju.--> mood rajen
3. tengok cerita kemboja putih.best gakla,.
4. masuk contest CUN MOVIE..haha...bulehla pi like page movie ini dan like my picture...=)
5. siram pokok bunga ^^, hari2 aku siram,.


5 PERKARA BUAT SAYA GEMBIRA

1. dapat balik rumah.terbaek.
2. ada orang hadiahkan DSLR.^^
3. boleh makan sedap2..hilang tension aku.
4. pi bejalan pulau..hoh..best2..latest aku tengok gmbaq kezen aku kat redang.serius ku mau pergi.

cantik kan?Subhanallah..aku rasa macam nak dok kat pulau tu je..haha

5. berjimba dihujung minggu..=)


5 PERKARA SEBAB JAWAB SOALAN

1. sudah ditanya.perlu jawab.
2. dapat wat entry baru..ngee~
3. sharing is caring kan?share yang patut jela..hehe
4. praktis untuk final exam coming soon..haha
5. just for suke2..^^

6 ORANG KAWAN UNTUK DITAG

kalau malas nak tag buleh dak?haha..

the end_

Thursday, March 24, 2011

::.. ^_________^..::

waaa....salam ketemu kembali..
lamanya aku tak update blog.maap ye blog,hehe

malas bercampur dengan serabut=blog diabaikan

oh..maap2.

last wik aku lari balik kampung.
sebenarnya aku berbelah bagi nak balik mula-mula tu
sebab ada TALKssssss...huhu
last2, aku pergi ke tempat jual tiket kat KK4

" abang, tiket balik ipoh malam ni ada tak?"

" ada, utama ekpress, 10.45p.m"

" pukul 9 xde ke?"

" dah abes dik"

" 10.45 pon bolehla.."

aku pon telefon rumah cakap nak balik.
haha, tak pernah kot aku wat camni
ni gara2 aku dah serabut dengan keje.
ak balik relax jap

dahla bas rosak.tapi xpe.malam.
aku tidur memang malas nk layan bas2 rosak ni,
janji sampai sudah.

sampai ipoh, nampak muka mak aku...
waaaaaaaa.HAPPPPYYY!!!
walaupun sekejap tersangatlah berbaloi aku balik.
malam ak sampai mak dah ajak pi teman pi kenduri,
mak aku ada team marhaban, so diorang nak marhaban.
memang langkah kanan..
sebab aku memang suka makan nasi kenduri..
terbaik!!

3 hari cuti macam tak cukup.
bukan macam.
memang.

tapi kugagahkan jua balik UMP ni..
TELUK INTAN--> KL--> KUANTAN
saja ambil bas lompat2..malas nak pi ipoh.

sedeyh2..haha..tu jadi malas nak update blog.
^__^
tapi sekarang dah rajen=)
caye dan mak caye^_____^
sayang mak caye..^__________^


Friday, March 11, 2011

::.. caye OK je..::




beginilah keadaan aku sambil membaca jurnal dan menaip proposal dan membuat slide proposal.
aku senyummmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm je.
xde masam-masam ni
luar senyum
dalam ???
" arghhhhhhhhhh!!!!!!!!"

haha...mana buleh tunjukkan kat orang ramai
kang ade pulak yang pengsan tengok ekspressi muke aku ni

aku dah rase nak menjerit sambil buat muka macam ni dah..hoho..parah2
tapi ditekankan disini yang digambar itu bukan aku.BUKAN aku
adik aku pun bukan sebab aku xde adik pompuan
tapi kalau aku boleh menjerit macam tu..fuhhh~

oh psm~lalala

" saya masih ok setakat ni.,haha"

sumber gambar: en.google

the end_

Thursday, March 10, 2011

::.. SYUKUR..::


disaat aku menadah tangan berdoa meminta kepadaMU

" berikanlah aku kekuatan, dan ketabahan"

namun, aku terima kesulitan, kepayahan dan dugaan dalam perjalanan
aku mengeluh..adakah doaku,permintaanku tak diterima?


namun, aku mula sedar,
aku panjatkan kesyukuran kepadaMU

disebalik kesulitan yang datang
aku jadi kuat
kuat berusaha mencari jalan penyelesaian

disebalik kepayahan aku hadapi
aku sabar
sabar mencari jalan mengatasi

disebalik dugaan aku terima
aku berjumpa dgn ketabahan yang dipinta-pinta

Ya Allah,
Aku pinta sekuntum bunga segar
Kau berikan aku kaktus berduri tajam
Aku pinta seekor kupe-kupu indah
Kau berikan aku seekor ulat kecil

tapi

kaktus berduri mula berbunga mekar
ulat kecil sudah menjadi kupu-kupu indah
seperti yang aku pinta

Ya Allah, aku bersyukur kepadaMu
Aku temui kekuatan yang aku pinta
Aku temui ketabahan yang dicari-cari

Kau tahu apa yang terbaik untukku
Jadikanlah aku hambaMu yang selalu bersyukur kepadaMU


p/s: semoga kawan-kawan yang buat psm dan micro-c sabar siapkan projek masing-masing.
kepada aku jugak^_______^

Wednesday, March 9, 2011

::.. WE are BEST fRiEND part 1..::


Salam Sejahtera semua...
harap-harap semua ok2 ^_^
aku yang tak ok2..psm-psm.haishhhh..haha

sape yang xde kawan?mustahil..
mcm xpecaye je kalo org tu kate die xde kawan..
tetibe rasa macam ada lagu sahabat sejati yang saujana nyanyi tu..haha
*ni kawan caye yang cuke mengambil dan diambil gambar*

my bestfriend yang aku kenai dari matrik

profile:
nama: mierasyuhada *nama penuh dirahsiakan.
umoq: 22 tahun *tua dari aku
belajaq kat: UMP *kampus pekan
kos: leterek engineering
asai: kedah

tu ja kot..
eh napa loghat utara aku tulih??
sebab tuuu kat atas tu,,
cik mierasyuhada ni orang kedah..
kenala cakap loghat utara nooo...*_*

aku kenai beliau ini masa matrik..
kira satu kepala la..senang masuk *cth: hantu cita bollywood

lepas matrik masuk u..
kami dok satu bilik..amek huru hara bilik tu..haha
la ni dah 3rd masing-masing
dua-dua dok gelong(penin) dengan projek masing-masing

aku?

PSM
PSM
PSM
PSM
PSMPSMPSMPSMPSMPSM

miera?

MICRO-C
MICRO-C MICRO-C
MICRO-C MICRO-C MICRO-C
MICRO-C MICRO-C MICRO-C MICRO-C
*owh..berjalan adalah kegemaran kami

maap kepada yang ditutup muka
haha..aku pon xkenai sapa depa ni..
abg2 jpa ni^_^

p/s: mierasyuhada...i nk pi tgok merong mahawangsa ni..jom2...

the end_


Tuesday, March 8, 2011

::.. demambolly;MOVIE PILIHANKU..::


Salam Sejatera semua

sebelum ni aku menjawab kepada soalan cik mierasyuhada tentang video pilihanku antara banyak2 yang dia send,
kali ni aku nk share cerita yang aku suke ulang tayang tengok berkali-kali

sebab ?

1. suke storyline cite tersebut
2. lagu best2
3. hero hensem..tetttt..haha
4. heroin cantik..haha

cerita-cerita hindi yang aku suke tengok..hehe

trang tang-tang tajuk kat situ..
"om shanti om"
aku suke tengok muke heroin tu,,
muke die klasik..^__^
storyline die menarik..
lagu mestila best.haha


"there is an extraordinary love story in every ordinary jodi"

gambar-gambar ni dari movie rab ne bana di jodi
lagu-lagu dalam ni mmg best,,enjoy,
ada ramai pelakon pembantu yang femes2..haha
ada kajol.pretty,ramaila.
kalau nak tengok SRK belakon cam skema je leh tengok.siap misai lagi..haha..

cube teka movie ape ni??
tau tak?
kabhi khushi kabhi gham
cerita ni kan kalo father's day selalu je ade kat tv,,^_^
best..storyline best+lagu best
ade mesej kat situ.
"saya sayang ayah saye"
gambar pon cantik2..heehee

eh..semua cerita ada SRK..haha
ade je cite lain yang aku suke ulang tengok,
contoh macam 3 idiot..pasal engineering student ..hoho..
sgt menarik..apply apa yang belajar,
belajar untuk cari ilmu...jangan dok asyik nk berlumba je..

banyak la..aku bukan xsuke cerita2 korea..drama2 gitu,,
cume aku jenis mls nk layan lama-lama..
tengok hindi muvi byk2 kali bleh pulak.aha
selalu cerita korea panjang2..haha,,
kalau aku tengok epsd 1..pstu epsd akhir..^^
kalo hindi ni..aku tgok muvi je..drama pon xlyan.
aku suke tgok cpt2 tau ending..ngee~

every story ada message yang nak disampaikan kan?
famili, kawan, sume2 la.
yang baik kite amek..yang xberapa baik tolak tepi^^

the end_






Monday, March 7, 2011

::.. demambolly;VIDEO PILIHANKU..::


Salam sejahtera semua.,
sape suke layan video(video hindustan)?angkat tangan?haha..
(bukan nampak pon kan kalo angkat?)
kali ni adalah rentetan entry sebelum ni
atas " ASSIGNMENT" yang cik mierasyuhada bagi kat aku without duedate
so, aku terpikir nak siapkan cepat2 la..haha
(ASSIGMENT yang lagi nyata xsiap2kan lagi..ngee~)

entry before ni aku ade cerita yang cikmierasyuhada ni dok send video2 SRK kat aku..+video Bollywood..haha..( HANTU BOLLY)


VIDEO PERTAMA

video hindustan kita masa kat gardenia resort
(english camp)
hahaha..silap video tu xdak dah..sob3...=(

haha..dok buat scene hindustan
ketika zaman muda-mudi di matrik

VIDEO KEDUA

video SRK tribute to RAJ KAPOOR
enjoy2...kreatif2..comel2,,
pyaar hua ikraar hua..lalala
klasik2, bagi sesiapa yang nakvideo ni boleh msg aku or miera.
xpon download kat youtube ^________^

(tribute to RAj Kapoor)

VIDEO KETIGA

SRK and MADHURI
comel madhuri dalam video ni
lame xtengok die..haha
^________^

yang lain bukan tak terlist...
haha...banyak sgt2...
xtau nak bua pilihan..
aicecece..
=)

next entry i'll share cite hindustan yang aku selalu ulang 2 3 4 5 6 kali dan berkali-kali
dan aku sure cik mierasyuhada pon begitu jugak..^_____________________^

the end_

Saturday, March 5, 2011

::..aDuh..MieraSyuhada..::

Salam sejahtera semua

seperti yang aku ceritakan sebelum ni..
aku memang agak tension dan emosi macm tak stabil lately ni
disebabkan

1. PSM
2. PSM
3. PSM
4. ASSIGMENTs
5. MASALAH.haha..
okeh..
nak dijadikan cerita..
my best friend..cikmierasyuhada pon tension dengan project micro-c dia
( she's taking electrical engineering)
so, kami ni gila hindustan..haha..abeh sume muvie bollywood layannnnn..
cik mira ni gila donlod..pahtu send dkat aku..aku memang HAPPY menerima video2 bolly ni..
soklan biase org akan tanye.." sape ko minat kat bolly neh?"
cik mira tlg jwbkan dah melalui video2 yang disend kat aku..
mestila SHAH RUKH KHAN..haha..
sama kan muke ayah SRK dgn die.haha..like father like son
aku jumpa kat blog someone,,^^

adoii....awatla SRK senyum lagu ni..haha

aku suke tengok cite2 SRK neh..padahal aku tau lakonan semata-mata je pon..haha

seperti orang2 yang suke korea kan..buleh paham bahase korea..
begitula cikmira dgn aku...kalo cite hindi xdak subtitles pon belasah je...dua tiga kerat ayat paham pon jadila..haha..

SRK ni aku suke tengok die berlakon..mcm real..pastu tgok dia senyum..adoiii..haha
^^,
sumber gambar: encik google

adoiii,mierasyuhada...tengok apa dah jadi,,
teruskan mendownload dan send ke aku yer...haha.,
^^

the end_

Friday, March 4, 2011

::.. ice Blended best..::



Salam sejahtera,
mula-mula sekali aku nak wish

" HAPPY BIRTHDAY" to miss Aida Shafina@aida@epy
" semoga berjaya didunia dan akhirat sana wahai teman^^"

inilah kawan saye yg cute dan chantek ..hepi besday^^
sumber gambar: FB aida.tq

okeh,hari ni aku terlalu serabut dengan hal-hal list chemicals yang perlu diorder ( andai kata ada)
so, aku pon pulun la baca secepat mungkin.
siap pi bertapa kat library tadi cari thesis..
nasib baik staff librari tadi baik.
time kaseh encik^^

aku masih serabut dengan jenis dan kuantiti..
huhu...bayangkan aku nak order starch@kanji kan?
tapi aku search .hoho..banyaknya jenis ..
dah tak tau nak pilih
lepas tu xtau nak beli berapa banyak..haha..

so, aku memikirkan aku xnak guna chemicals dalam research aku...
aku just nak check properties je kot..
tapi tu sume KOT je..haha,,
need to read more..

petang tadi dalam keserabutan jumpe classmate aku baru balik dari PC Fair..waa...beli beg RM25.00 jer..ape lagi...kitorang terus g sane..haha...
aku beli beg dengan ink..murah2,,
bukan senang nak dapat..suke2..ilang sekejap serabut
pastu nak beli kfc..ramainyer org,huhu
last2 aku beli big apple.^^
siap rebut dgn ain iceberg lagi..haha (yeke iceberg?)

yang best, aku balik UMP, kene singgah drop kawan aku (yana) kat blok W
sebab? die ade AGM ( annual grand meeting xslah aku)kelab die..so, balik tu aku drive sampai kolej kediaman.
haha,,FIRST TIME DRIVE MALAM.
gelabah gakla..^^
but i did it!!yezzzzaaa...

balik singgah kafe teringin ice blended fresh orange,,
sekali siap brader tu buat penuh melepu gelas ku..
abes sume orang staring kat aku..(ups,,bkn aku...air aku)
segan gak la aku selaku pemilik air tu..haha..
tapi tq la ye abg air...sedap..^^
pasni mesti aku beli lagi.haha..( nak mcm ni jugak yer)


tinggi kan??haha @_@

p/s: tq ain and yana; ilang sikit keserabutan..^^

the end_

Thursday, March 3, 2011

::..PSM ..::


salam sejahtera semua,
last entry aku ada cakap nak share gambar mase pergi kilang sawit kat lepar tu kan?
so, this is it.
berlatarbelakangkan pond yang "wangi" tu..haha
yang macam hitam2 tu actually minyak yang terlepas sekali dgn air, ie jadi mendakan kat atas.
ni 2nd pond xsalah aku dan tahap methane ie memang meriah..
bulp.bulp.bulp..


this is my psm grup member.
kitorang under same SV
name: yana
diela yang buat research psl methane.
my research about decanter cake.
nampak pond tu macam tanah gersang yang kering sebab kemarau kan?
tapi sebenarnya, bawah tu air.
hoho..jangan tertipu ye.
dalam pond kilang ni.
yang ni 3rd pond rasenye.
total pond ade 10
yang last pond air die dah boleh lepas ke longkang.

dalam aku dok jalan kat situ
aku terimagine
kalo aku terjatuh kat dalam tu..
hoho..

1st imagination:
aku tak reti berenang,
so, lala..
hopefully ada encik superman dtg tlg

2nd imagination:
kalo aku terjatuh sikit je..
perghhh..bau die konpem melekat..
dan ade ke org yang nk terjun dlm tu tarik aku?
haha..
kalo dok kat tepi bau dah lekat
kalo sentuh air tu konpem melekat-lekat la..


gambar tak banyak sebab segan dengan encik manager..haha..
tapi diorang memang best.
idea yang diberi kat kitorang mmg seronok^^
mekaceh ats kerjasama..

hopefully our research dpt dijalankan dgn baik

the end_

::..aku dan palm oil ..::


Salam Sejahtera.,
actually aku tengah nak buat report.
tapi macam biasa godek2 blog jap, fb jap, blablabla...
tetibe rasa nak share what was happened petang tadi.

petang tadi aku dgn my grup psm pergi ke kilang sawit lepar,
this is our 2nd time pergi situ
dan lepas ni akan menjadi ber"time-time" ke situ utk completekan psm kami orang

first sampai sana kami kene jumpe the menager dan beberapa orang yang aku pon masih samar-samr ingatan kat diorang ni. InsyaAllah, lepas ni akan lebih kenal.^^
KETAQ lutut bile nak kena explain about our own topic..hoho
Macam kena soal dgn panel dah utk proposal presentation
tapi sgt mmberi input what they have said.
diorang siap bagi idea lagi..mekaceh2
seram gak la..dalam otak." mendalah apela diorng tgh ckp ni"
aku baru setengah tapak baca psl palm oil ni
huhu~
it was an interesting experiences duduk satu meja dgn encik2 ni discuss..
sporting mcm spring...
tabik spring kat diorg psl mmg diorg mmg expert psl palm oil neh.

cantik kan?

gambar?masih kat my grup members,
nanti aku share k^^,

lepas dah discuss2..minum2 .,
kitorang start gerak ke pond kilang ni..
ade 10 pond xsalah aku kat belakang sana.
sampai2 je, my expression adalah..
"waaaaaaaaaaaaaaaaaaa...besaqnya..dan banyaknya..dan baunya...."

bau memang kuat.
mencucuk-cucuk idung gak la.
encik tu kata, for those yang xbiasa mmg akan ....................
haha..penin gak la..
macam korang lalu tepi kilang sawit..pernah kan?
kalo xpernah ce try lalu,

tapi dok lame2 kat situ xdela bau sgt..
imune dah kot dgn bau tu?haha
lepas ni isnyaAllah aku rsa aku pon dah xbau sgt..
sebab mmg aku kena byk g situ..

dan aku sebenarnya suke tajuk aku..
tadi aku dapat "decanter cake"
my raw material utk psm aku
waaa...mcm dodol dah aku tgok..
haha..
kalo spe2 nak tau..leh search what is actually decanter cake.
bukan kek mcm kat secret tu..;p

bile aku balik je..aku bau jaket aku
perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
memang melekat bau itu
haha.,

so lepas ni kene biasa2 kan la dgn bau ni..
nasib baik aku tak kene wat kat pond tu..
hoho...^^

the end_

Tuesday, March 1, 2011

::..^^, ..::

salam sejahtera semua,
baru ada kelapangan sikit nak update blog
bayangkan masa-masa aku penuh dengan test, assignment, psm,blablabla..
plus pulak dengan tension tensi
neh.
serabut kepela otak aku.
dengan terpaksa melayan manusia yang xreti-reti nak faham dan jaga hati orang
dan xreti-reti nak lesenkan mulut diorang tu.
huh.aku gak yang makan dalam.
( aku menangis kot psal mende perangai manusia neh)
ikut hati aku nak je bagi makan cili 10kilo kat manusia neh.geram kot.


busy:

fuhh~memang.*tapi sempat online2..haha
sebab psm aku dah nak kena present this 16march.
aiyoo..
too much work to do.
*instead of laki dalam gambar tu..ganti gmba aku..haha..macam tula muka aku mse baca jurnal2..haha*

LATIHAN INDUSTRI:

aiyakkk..
ni lagi satu.
dah banyak aku send.
company2 ni xreply pon lagi
atleast reply la:
1.YES
2.NO
3. etc.
huhu.ni tak ...buat aku tetunggu2..haha
macam tunggu org masuk meminang plk.tEttttttt.

* tadi aku g kafe.
kafe 1
nak amek sos, tapi abes
brader chep ni nmpk
panggil aku dia nk refill sos
aku pegi dgn muka seposen dua
" minah suka mkan kat sini ke?"
errr. *nak jujur ke x.nak ke x?
kang jujur sentap pulak chep ni
dahla die kena ulang 2 3 4 kali
sebab?aku xpaham apa dia kata
kafe 2
aku: "nak aissssss dua ploh sen"
adik kafe: "haaaaaaa?"
aku: ulang suara ..aisssssssssssssssssss dua puluh sen.
adik kafe: staring kat aku dgn muka xleh blah.*sah xpaham
aku : saya nak aisssssssssssssssssssssssssssss dua puluh sen.
adik kafe: blurrrrrrrr
abang kafe dtg membantu ..dio nak air batu duo ploh seng..
aku: sye dah ckp ..aisssssssssssssssssssssssss...bukan airRRRRR
adik kafe: hok aloh..ckp lo air batu..ingt nk air dah tadi..
aku: errrr...kena ckp kelantan pulak dah aku..seblh sana pahang..sblh sini kelantan.hmmm


Takpe..aku SATU MALAYSIA.
haha.
*saya bangga jadi anak Malaysia*
the end_


Wednesday, February 23, 2011

::.. < J>A>M< ..::


Jangan salah baca tau.eh bunyikan "jam" tu..entry kali ni mengenai J.A.M. (omputihnyer clock)

Bukan jam/jem/etc...

Apakah fungsi jam?
1. menunjukkan waktu
2. bagia da style sikit..xdela tangan kosong.^^( selain pakai gelang kat tgn: bg perempuan)
3.kejut bangun tidur; especially bangun subuh^^
4. hiasan meja?
5. dan lain-lain

ada satu jam ni aku dah simpan almost 3 years.,lama gak la..sebab ak sangat suka jam ni.
ni hadiah dr someone.not a guy.tapi my ex-rumate mase matrik.

kisah bermula semasa kami keluar outing. Kami naik The Store. Tiba-tiba aku ternampak koleksi-koleksi katak-katak yang cantik..hijau je..haha.. tak sangka pulak jam kan.
pastu dengan saje-saje aku cakap.

"eh, awak kalau k bgi hadiah kat sy bagila yg ni..yang besar lagi best"

err..niat gurau-gurau aje..main-main.

And last day aku kat matrik, sebelum naik kereta balik rumah, saudari ini bagi. tapi xbukak kat situ. Aku dah balik teluk intan baru aku bukak.

wow!!!aku senyum sampai telinga.haha..tak sangka saudari ini hadiahkan jam tu kat aku..^^.terimakaseh.

ni ha..si kesayangan aku..
eh.bukan yang ni..( aku asyik pikir makan..ish..)

yang ni ha..

jam ni dah almost 3tahun dengan aku.dari matrik.
aku suke jam ni..comel.haha..
bagi aku la.
kan comel,cantik tu subjektif.=)

terima kasih kepada Saudari Ummu Sulaim.
saye suke jam ni.
and it still be with me.^^

next entry: KANAB.
apakah?siapakah? next entry i'll tell bout KANAB.

the end_

Monday, February 21, 2011

::..hari ini ..::

waa..hari ni mcm agk kekecewaan..
mengapa??

sebab pertama:
dipetang yang hening,aku balik dari kafe membeli dinner..
sambil sembang-sembang dengan dila( my rumate).
blablablabla....dia tu..dia ni..yang tu ..yang ni..
tetibe. kedebushhhh..
air dicampak dari floor mne ntah. (aku rase 3rd floor)
cesss...kurang sivik betul..tengokla dulu ade org ke tak kat bwh..
nasib baik aku kena sikitttttt je..
kalau kene..memang aku jerit takpon aku naik ats..ko siap la sape yg memandai siram air taktentu hala neh.
aku pon wat gak..tapi tengok line dulu la.dan bilik aku 1st floor je..

sebab kedua:
test PME ( project management & economic)
bukak-bukak soklan;
tetttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt
aku xtau nak tulis ape.padan muka
takde ulasan yang panjang sebab mmg xtau nk buat.

sebab ketiga:
beli burger.
lapar.
orang punye ramai.(manifesto)
yepon kan cik abg2 sekalian..bg la laluan sikit kat kami2 yang nk amek berger ni..
leh ko kate laluan ditutup.
abeh tu,..aku nak amek berger camne?
berger terbang????hoho
dahtu..cmne aku nk balik bilik kalo laluan tutup.??

sebab ketiga:
koop.
beli susu.
beratur panjang.
masih sabar.
tuptup..ade cik kak ni pegi dpn nk beli topup..
(pakwe die kot tgh byr kt kaunter)
yepon...beratur la..ramai lagi org dok beratur..
dahla nk tggu kak kaunter tulis isi2 kandungan topup lagi..

sebab keempat:

esok test PCI (process control &instrumentation)
aku xstdy lagi
tapi update blog.errrr..


the end_


Thursday, February 17, 2011

::..AlaMAk!!!..::


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

this week agak sibuk dengan presentation yang memang tetap ada setiap Isnin ( except cuti, lab cancel, etc..). selain itu, ditambah pulak dengan assginment xhenti-henti dan test yang berturut-turut. urghhhh...sabarrrr..dan nama pon student kan?

sebenarnya,,aku telah mengesan sesuatu perubahan pada pakaian-pakaian aku ( ayat skema ) berdasarkan kes-kes berikut:

kes 1:

aku pakai T-shirt yang memang aku selalu pakai. Tapiiiii...kenapa semacam dah ketat sikit je kat tangan ni.

pendapat aku: T-shirt aku mengecik lepas basuh..kan bese jadi gitu kan..lepas basuh and kering baju macam mengecik sikit.kan..kan..kan..

kes 2:
aku try pulak sarung jeans aku. yeay!!..xde masalah.( sebab yg ni mmg beli saiz ikut pjg kaki..jadi agk besar).

pendapat aku: saiz yang bagus.^^

kes 3:

aku pakai pulak jeans lain ( hari lain pulak)
errr..kenapa yang ni ke_ _ t je??why??aku tengok kaki aku macam tak boleh nak bernafas je. Oh.. lupe, jeans ni baru basuh gak.

pendapat aku: oo..kalau lepas baju kering ie akan mengecik sikit rupenyerr.

kes 4:

semangat nak pakai kain kembang2.haha, best2. matching la dengan baju yang seakan-akan kalernya.yess..dah dapat.merah belang2.TAPI, ....
eh, ni baju aku ke?ke orang len punyer?nape macam sedikit ke_ _ t?
eh.bukan baju aku ni..

pendapat aku: ada orang baju sama dengan aku barangkali.huhu.ke memang baju aku dan die jugak turut mengecik akibat baru dibasuh????arghhh...!!!!

so, berdasarkan kes-kes diatas aku simpulkan baju-baju aku sume BERPAKAT ( sepakat membawa berkat) mengecikkan saiz diorang(pakaian-pakaian) supaya aku merasakan berat aku dah naik dan diorang boleh dapat "sedara-sedara" baru. dan aku menerima pakai hipotesis aku yang mengatakan baju mengecik lepas basuh.sekian.
sumber gambar: en. google

TERIMA KASIH sebab aku memang dah merasakan perasaan itu.waaaaaaaaaaaaa.~

the end_

Sunday, February 13, 2011

::.. siblings PART II..::

cont
entry before ni about my two eldest brother. kali ni pasal seorang abang dan seorang adik.


Abang 3rd: abang
nila satu2 abg aku pggil abang.haa,,,yang ni memang kuat sakat+marah+buli..haha.aku ad gtau kan aku agak penakut. Masa kecik2, ada satu cita melayu lama yang hitam putih tu, tajuk aku tak ingat dah, tapi ada watak pakcik shadat kot.,aku panggil p.cik shadat ja.,huhu..aku takut sangat2 dgn watak ni. Memang tingglkan kesan kat aku. Aku nangis kot dulu kalo ada yang sakat aku cakap p.cik shadat..p.cik shadat.aku taktau ape aku takut, tapi aku mmg takut..haha. Abang aku ni suka sakat aku sebut p.cik shadat2...huhu..sampai sekarang. Kami kalo guro2..selalu menggunakan skill pertahan diri. aku selalu guna siku ja.haha..abang aku tumbukla..sepak la.aku xleh sebab pendek..xsampai..haha..ada sekali aku siku bahu dia. abg aku pi buat ala2 tomoi kat aku sampai kaki aku lebam..waaaaaaaa...pastu dua2 free2 kena fire dengan mak aku.amek.pdan muka. tapi penakut2 aku pon, kalau mak ayah aku xdak akt umah, abg aku xtinggal aku sorang2..^^,xpon dia anta aku pi umah jiran depan rumah..haha. Walaupun suka sakat aku tahap maksimum, kalau kwn2 dia yg ak xknl, dia xbgi aku kuaq,tapi aku kuaq gak..haha.pastu dpatla jelingan paling tajam smpai boleh kuar biji mata,^^

adik
nila the only adik aku ada.^^, laki..
adik aku sakit. sakit jantung berlubang. huhu..masa kecik2 selalu demam2. cedeh2. Adik aku g tadika dengan mak aku. Mak aku balik die nangis. alih-alih mak aku tolong masak kat tadika sebab nk suruh adik aku g tadika.haha. aku dulu ayah aku hantar terus tinggal.pandai2 la bwk diri. hihi. sampai masuk sekolah rendah, adik aku xmcm org len, agak lambat dlm akademik. waktu rehat aku kdg2 join adik aku kat kelas pemulihan. main2 dengan tanah liat. hihi..sedey wey. hati seorang kakak.walaupun sekolah rendah xabes lagi mse tu. ^^, kalau baliks sekolah, adik aku selaku kena tahan sebab lambat buat keje, xpon xreti. aku masuk dalam kelas, tolong dia buat, sedeh wey, seriously dalam hat, npe la cikgu ni wat gini.dah tau ak aku gini. Tapi kadang2 geram gak.sebab aku sllu kena pggil..haha...Adik aku pon xleh nk aktif2 sangat.skang, Alhamdulillah adik aku dah xsakit2 sgt dah. even xpernah wat operation. Dari kecik dia minum air gamat. aku sesudu pon tak tertelan, dia simply2 satu botol abes. sedappp...adik aku la kata..aku??janganla suruh dah minum.masin2..haha, tapi adik aku la yg sllu aku srh tlg pi kedai kalo nk pi bli brg2,,beli topup..hehe..,^^,beli ap nth mcm burger tu..sdp2..

best tau jadi tunggal perempuan. baju kurung aku xde spe nk kongsi...except kongsi dgn mak aku la..^^, alat2 mekap pon lmbt abes sebab ak dgn mak je yang pakai.(aku pon bukan pakai..beli je lebih.).haha.,kasut pun xleh,mak aku pon xleh pakai kasut aku..sebab kaki aku agk pjg.^^,dulu pernah gak la nk gak kakak..tapi aku bersyukur aku sorg pompuan.dan aku kini ad kakak dah,kak ipar yang sangat best dan sporting mcm spring^^,Aku TOMBOI???xdela. aku xpon..aku macam bese2 je. xdela lembut sangat.xdela ganas sgt.Best ada bodyguard ramai.haha..ade sekali spe nth dok kol2 aku mlm2..aku pon xkenal.aku xlayan.tapi dh kol byk kali..ak angkat ckp main2. amek ko,abg ( abg yg mne xyah taula ye..hehe) aku amek no die neh,kol balik..haha...padan muka.hihi..rase protected.kiki.tapi abg2 aku xdelah kongkong aku ..diorg ok je^^,

the end_

::.. siblings PART I..::


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Semalam dan hari ni aku ada kursus softskills. Mula-mu
la aku fikir ..arghhhh..,malaslnya nak pi.Boring dan segala benda la ..berlegar-legar sebagai negative thinking aku sebelum aku masuk Astaka. Tapi, sebenarny
a xdela sume boring. Best jugak. One of the session yang aku suka mestila dengan Puan Has. She is very good in public speaking. And I love to be in her talk. Aku kenal Pn. Has masa first year lagi sebab beliau merupakan Pengetua Kolej Kediaman 3 dulu, and beliau merupakan fasilitator bagi grup aku mse program RAKSI. Pn. Has memang best dan cara beliau bagi ceramah memang bestla. haha..By the way, TQ Pn. Has and the other penceramah.
( Walaupun aku ada tersengguk-sengguk dan terpejam-pejam mata.hehe)

Aku teringat Pn. Has ada tanya berapa adik beradik anda ada. Aku adalah grup kelima yang duduk sebab ade 5 adik beradik. hehe...I love my siblings ( walaupun kaki sakat aku)

Actually, aku ada 6 siblings, tapi my 3rd abang meninggal mase kecik-kecik. Kalau tak salah aku ketika arwah abang aku meniggal umur diasetahun lebih. Al-Fatihah. Walaupun aku tak pernah jumpe beliau, aku akan tetap ingat beliau adalah abang aku. Dan aku ada 4 orang abang sebenarnya,=)

Aku ni sebenarnya the only one daughter dalam famili aku. Imagine la betapa aku kena buli dengan abg2 aku dan adik aku. Aku ni penakut. hah, memang modal depa-depa ni menyakat aku. Seingat aku, aku dulu kecik-kecik tak berapa suka anak-anak patung ni.haha..aku prefer main kat luar,kejar-kejar,nyorok2.,^^,tapi xsemua yang aku nak dapat, adik aku je yang dpt sume yang die nak.huhu

Walaupun aku ni selalu je jadi mangsa abg2 aku, aku tetap maintain ok.haha...Mase form 1, aku masuk MRSM Pontian. AKu dahla xpernah berenggang dengan mak ayah aku. Tup2 selatan tanah air aku kene g duduk. Disebabkan keegoan xmau digelakkan oleh abg2 aku..aku xmenangis, tapi aer mata penuh dah. Tunggu aer mata tu jatuh je. tapi cool2..nnti kena gelak golek2 je dengan diorang.

Abang 1st: caq
dulu sekolah aku teringin walkman,( mne tau mp3 bagai lagi mase tu). Yela, alasan nak study,tak bagi mengantuk. Abeh caq aku tak bagi. hp pon tak bleh.huhu..geram la masa tu. Tapi caq aku lagi tau yang adik die ni mmg xbuleh dengan mende2 gini.kalo tak,tak study. LAlai.hoho. sampai skang , aku study cucuk lagu kat telinga, tapi 20-25% je aku rse aku fokus. the rest ...layan lagu je lebih, Kalo aku dengar aku bukak slow2 je.kalau kuat2 tu,aku tension la jawabnya.

Abang 2nd: abang at
hoho..dia ni sanagt la GARANG..aiyoyoyo...selalu kena perli free2..haha..xpon kena marah. TApi marah dan perli dia bersebab. Besala...touching2. sedeh oo kena marah. hihi..Dulu masa form 1 ,aku sekolah kat Transkrian, aku nak balik taiping(umah abg at).SCHOOLHOLIDAY.tau aku cakap apa?" tiket bas dah abes la"ngeeeeee~sebenarnya aku tak reti naik bas. Setiap kali cuti abg at akan amek aku dan dia selalu amek awal...haha...aku suka2..sepanjang nak balik tepeng byk la ceramah free dia bagi. Tapi yang aku ingt smpi sekarang adalah " nnti hang kalo dah besaq,kena gak hidup sorang2 kat luaq.,jangan sampai orang pijak kepala". ^^,jaga diri.Tapi garang2 abg at aku ni..kuat loyar buruk.


p/s: kalo my dear brothers ada baca entry ni, jangan marah2,,jangan kembang hidung bangga no..haha,,^^

teh end_

Friday, February 11, 2011

::.. apabila aku dah jumpa dengan pengganti..::


Assalamualaikum dan salam sejahtera

"Akhirnya, aku dah jumpa dengan penggantinya setelah penat berfikir sebelum membuat keputusan akhir dan muktamad! Susah nak buat keputusan, tapi aku mesti pilih antara satu!"

Bukan pengganti sesiapa, tetapi apa.Ya, aku dah jumpa pengganti bagi printer BROTHER iaitu printer CANON. ^^, Hope yang baru ni akan baik-baik saja. ( penuh dengan pengharapan)
DCP-165c

PIXMA MP258

Bukan taknak repair yang lama tu. Disebabkan kesukaran untuk aku pergi ke BROTHER CENTER kat kuantan tu, aku decide beli lain disamping kos repair agak tinggi. Lebih baik aku beli yang baru, dapat warranty...haha. (pujuk diri sendiri sebab duet abes beli perinter)

Model yang aku beli adalah Canon PIXMA MP258. Tak tau macam mana prestasi lagi sebab masih dalam kotak. Malas nak bukak. Esok lusa lah.hehe. Menurut jurujual, die kate ok.( mestila kan?sebab dia nak jual bagi laku)

Aku beli kat dalam UMP je sebab kebetulan ada expo ape ntah. Dapat murah sikit.^^( jimatjimat). Yela, kalau aku keluar naik bas akan wujud kos-kos dibawah:

1) Tambang bas: RM 3.00
2) Makan ( kedai mak angkat yang suka pakai eyeshadow) : RM 10.00
3) Printer: RM 100-Rm200 ( mungkin lebih)
4) Barang yang tibe2 nampak best untuk dibeli:RM 30
5) KFC/McD : RM 10-Rm20
6) Teksi: RM 35
Fuyooo. Percentage nak belanja lebih dari itu pon ade aku rasa...memang pokai kalo keluar tadi.
Alhamdulillah...selamat tak keluar.hehe..

Setelah beli printer tu,[ lokasi tempat jualan( agak jauh dari bilik aku)] aku dengan roomate aku pon terhuyung hayang bawak printer bawak balik bilik.Yela, kitorang takde transport.Bas NO 11 jela yang ade. Sorang pon tak nak bagi kitorang tumpang. Sampai je bilik, anak jari tangan kiri aku macam tergeliat..hoho..saket2...nak bengkok pon sakit.Nak ngadu , mak jauh di PERAK,ngadu sendiri2 jela.

Sekarang aku amat suka sebab aku xpayah nak pikir pasal printer lama tu.Buat hal lagi.DOk diam-diam kat penjuru tu. NAnti aku pkir ape aku nk denda ko sebab rosak..haha..

the end_


Thursday, February 10, 2011

::..alkisahchager..::

Assalamualaikum dan salam sejahtera

cerita pertama
*******
kisah ni bermula masa aku balik dari CNY punye cuti baru-baru ni. Disebabkan keletihan yang teramat sebab bas lambat dan jem.,aku sampai je hostel terus melangkah laju ke bilik aku. Bukak je pintu dah nampak katil. Letak beg terus..TIDUR. Dengan nyenyaknya.haha.
LETIH PUNYA PASAL

Aku tersedar tengah malam. Tengok hp aku..arghhhh...bateri xdak pulak. Bangun mencapai beg nak amek chager.
errr."mane chager ni?aku bawak balik ke tak ni.?alaaaaaa..TERTINGGAL pulak"
terus aku capai hp call abang aku mmberi pesan supaya mencari chager aku.

Esoknya dalam kelas aku dok pikir..macam mne ni. Dah tak ramai kawan-kawan aku guna samsung. Aku call ayah aku soh beli len.ishh..MAHAL!
aku pon dpt akal, mintak tolong kawan aku SURVEY harga chager tu.
SURVEY je.bukan BELI.
tup2 kwn yg dimintak tolong tadi cakap DAH BELI.
teeettttttttttttttttttttttuuuuuutttttttt
terdiam.
sebenarnya mase tu aku dah jumpe chager tu.haha..

"dah aku berhutang dengan orang.hmm
camne nk amek chager tu n terbang 40 hengget aku"
dalam hati..eeeee.bace..soh SURVEY,pi BELI

*********************
cerita kedua

**********************

aku berfikir-fikir cmne nk kuar g amek chager tu.
pastu nk kena bayar lagi kan.RM40 bukan sikit, banyak.
tapi dari aku hutang2 bek byr je kan.
kang kalo tak bayar, kat "sane" nanti mane aku nak cari 40 hinggit tu kalo kwn neh mntak????
tak terjawab pulak.

sekali aku kena TIPU.free2 kena TIPU.
memang agak terbakar gak la. hoho.
aku punyer gelabah..sekali...gelabah utk mnda yg tak wujud.
haishh..tapi xpe..aku fikir positif jela.
kot2 da xdak keje kan,tipu2 skit..bgi org gelabah.huhu.
nak praktis wat lawak ke kan?haha..mne tau.

tapi kan aku ni jenis yang mudah je nk maap2 ni.
haha...xkesahla..tapi,
semestinya aku akan INGAT .
hipotesis: kalo org tipu sekali..bleh je nk tipu banyak2 kali
haha,,,tapi xpe.sebab mse beliau bagitau tu mood tengah baik sebab dok bace artikel2 best.^^
kene kalo mood aku xbaek?errr..,ak pon xtau ape respon aku.

*************************
cerita ketiga

****************************

tapi
aku agak geram apabila beliau menceritakan yang apek kedai hp tu pi mengata hp aku.
ouhh...sedeh2..
walaupun hp aku ni dah lame, model lame. takkan la bagi respon gitu.
kecikkan hati customer..apedaa..
seb bek la beliau ni yang pi "SURVEY" harga tu.,
kalau aku..siapla ko apek.
mengguris hati customer.

Takkan la nak beli chager hp, kena gune hp yang terkini dan termoden?
Takkanla nak beli chager hp, kene cakap " saya ade spoloh hp, sume yang canggih2,model2 lame xmain la apek"
Takkanla nak beli chager hp, kene campak hp lame tu dulu?


apeda cakap gitu.
Lama ta semestinya buruk
Lama tak semestinya kuno
Lama tak semestinya perlu digelakkan
Lama tak semestinya xbagus

ke sebab apek tu xpernah pegang pon model mcm hp aku ni??tutttttt..
aku tak tau...hahaha...
sebab mase aku beli dulu-dulu-dulu kala, tak semua kedai aku jumpe model ni.
Tak tau la kan.
haha,,

Beliau ni kate, die kene gelak dengan org akt situ bile sebut model hp aku.
haha....padan muke.mungkin ko kan nk tipu aku pastu, so kene gelak awal2 lagi.
haha.,BTW tq sbb pi "SURVEY" harga chager.^^

THe END

p/s: aku pon xtau cerita yang diceritakan ke aku tu tipu ke tak
eerrr..